djchef LEBIH 200,000 TEMPAT DI IPT UNTUK PELAJAR LEPASAN SPM PENUHI SESI 2011/2012 | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Saturday 2 April 2011

LEBIH 200,000 TEMPAT DI IPT UNTUK PELAJAR LEPASAN SPM PENUHI SESI 2011/2012


Intitut Pengajian Tinggi (IPT) Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) menyediakan banyak tempat sambung belajar untuk pelajar-pelajar lepasan SPM.

Lebih 200,000 tempat di IPT untuk sesi 2011/2012: TPM


2011/04/02

KUALA LUMPUR: Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta tempatan menyediakan lebih 200,000 tempat untuk pelajar bagi kemasukan sesi akademik 2011/2012, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri, Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata ia adalah bagi pengajian di peringkat lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf, peringkat ijazah pertama, sarjana dan doktor falsafah.
Beliau berkata, selain itu 100,500 tempat disediakan bagi pengambilan tahun 2011 kepada pelajar yang akan mengikuti kursus dalam bidang teknikal, latihan vokasional dan kemahiran di 27 buah politeknik dan 323 Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
Nak menang tiket F1? Nak? Baca sini http://bit.ly/F1_tickets
Katanya, agenda utama kerajaan adalah untuk memartabatkan pendidikan dalam negara dengan meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan buat semua.

"Dengan adanya peluang pendidikan tinggi yang tersedia di IPT awam dan swasta, serta latihan teknikal dan vokasional dalam negara, saya percaya pelajar mempunyai banyak pilihan untuk mengikuti kursus yang diminati dan seterusnya memenuhi impian yang terpendam sejak sekian lama," katanya ketika merasmikan majlis penutup Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) Kali ke-7, "Jom Masuk U" Tahun 2011 di The Mines International Exhibition Centre, Seri Kembangan di sini hari ini.

Karnival dua hari anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia itu adalah satu program untuk memberi maklumat terperinci kepada pelajar mengenai kursus yang ditawarkan di institusi pendidikan tempatan serta prospek kerjaya sesuatu bidang pengajian yang dipilih.

"Apa yang perlu diketahui oleh pelajar adalah maklumat terperinci mengenai kursus yang ditawarkan, syarat kelayakan yang ditetapkan dan peluang kerjaya yang tersedia kepada graduan yang berjaya menamatkan pengajian dalam bidang yang ditawarkan," katanya.
Muhyiddin berkata, ketika ini terdapat lebih 580,000 orang mahasiswa sedang mengikuti pengajian di peringkat ijazah pertama, sarjana dan doktor falsafah di institusi pengajian tinggi awam dan swasta dalam negara.

Nak menang tiket F1? NAKKK!! Baca sini http://bit.ly/F1_tickets

Katanya, matlamat kerajaan adalah untuk menyediakan pendidikan berkualiti di peringkat pra-sekolah, rendah dan menengah dan dengan ini akan dapat menyediakan pelajar untuk menempa kejayaan yang lebih cemerlang di universiti.

Timbalan Perdana Menteri berkata, hasil pelbagai inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan berjaya meningkatkan enrolmen pra-sekolah kepada 72.4 peratus.

Beliau berkata, selain itu 85 peratus murid sekolah rendah berjaya menguasai literasi dan 91 peratus menguasai numerasi, 43 sekolah mencapai status Sekolah Berprestasi Tinggi dan 586 atau 7.6 peratus guru besar menerima ganjaran di bawah Bai'ah atau New Deal bagi pemimpin sekolah.

Katanya, negara juga berada pada landasan yang betul dalam usaha melonjakkan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pendidikan serantau dan antarabangsa apabila 212 program pengajian yang ditawarkan oleh IPTA tempatan mendapat pengiktirafan oleh badan profesional antarabangsa.

Muhyiddin berkata, di samping itu IPTA dalam negara juga berjaya menarik minat tenaga akademik luar negara untuk berkhidmat di Malaysia, di mana 7.5 peratus daripada jumlah petugas akademik IPTA ketika ini adalah daripada kalangan petugas akademik antarabangsa, dan ini sekaligus membuktikan bahawa pendidikan tinggi dalam negara adalah bertaraf dunia.

Beliau berkata, terdapat 86,919 orang pelajar antarabangsa dari lebih 150 buah negara sedang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi tempatan sehingga Disember 2010 dan ia adalah kayu ukur kejayaan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pendidikan serantau dan antarabangsa.

Timbalan Perdana Menteri seterusnya menggesa agar usaha berterusan bagi memantapkan kedudukan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pendidikan serantau dan antarabangsa ditingkatkan.
Nak menang tiket F1? Nakkkkkkk!! Baca selanjutnya disini http://bit.ly/F1_tickets
Katanya, ini termasuk dengan menarik lebih ramai pelajar antarabangsa untuk membuat penyelidikan di IPT tempatan, khususnya di lima universiti penyelidikan dalam negara. - BERNAMA
JOM SHARE ARTIKEL INI:

No comments:

Post a Comment

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.