djchef APEX BERLAKON DALAM SEMUA BOLEH BOLT | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Tuesday 10 July 2012

APEX BERLAKON DALAM SEMUA BOLEH BOLT

Apex Khairul Fahmi Che Mat berlakon, dalam drama Semua Boleh Bolt

Lakonan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex, 23, menerusi drama pendek online yang berjudul Semua Boleh Bolt menimbulkan salah faham segelintir pihak.

Apex Berlakon Semua Boleh Bolt

Malah,ada suara sumbang mendakwa Apex sudah berubah sikap menjadi individu yang cakap tidak serupa bikin memandangkan dia pernah mengakui sebelum ini bahawa tidak akan berkecimpung dalam dunia lakonan.

Bagaimanapun, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex yang tenang menghadapi tohmahan ini memberitahu lakonannya dalam video drama semua boleh bolt berkenaan hanyalah sebagai menjalankan amanat yang diberikan kepadanya sebagai duta jenama Puma.

Lakonan Khairul Fahmi Che Mat apex,gambar khairul fahmi che mat, gambar apexGambar Apex Khairul Fahmi Che Mat

"Saya hanya menjalankan amanat orang saja. Orang yang dimaksudkan itu adalah Puma yang masih lagi mempercayai saya untuk menjadi duta mereka.

"Jadi, lakonan saya ini hanyalah untuk promosi produk terbaru dan lebih kepada melunaskan amanat atau janji. Saya pun hanya akan berlakon untuk iklan TV saja terutama sekali iklan yang membabitkan saya sebagai duta," jelas Khairul Fahmi Che Mat (Apex)

Dalam pada itu, Apex menegaskan tidak akan berkecimpung dalam dunia lakonan sepenuh masa untuk sementara waktu kerana mahu fokus kepada kerjayanya sebagai atlet negara.

Apex dengan rasa rendah diri memohon maaf seandainya penglibatan dalam iklan ini telah mengguris dan menyinggung pihak yang menyokongnya selama ini. - Rujukan Murai

JOM SHARE ARTIKEL INI:

No comments:

Post a Comment

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.