djchef BONUS SETENGAH BULAN GAJI UNTUK PENJAWAT AWAM RM500 | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Wednesday 25 July 2012

BONUS SETENGAH BULAN GAJI UNTUK PENJAWAT AWAM RM500

Bonus setengah bulan gaji untuk penjawat awam dan bayaran khas RM500 sempena hari raya aidilfitri yang bakal tiba.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan. Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini.

Pemberian Bonus Setengah Bulan Gaji dan Bayaran Khas Kewangan Pesara Kerajaan RM500

Pemberian bonus  dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan. Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion. -BERNAMA

JOM SHARE ARTIKEL INI:

No comments:

Post a Comment

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.