djchef UNCLE SEEKERS DITAHAN SEMULA | KENA TANGKAP | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Thursday 12 July 2012

UNCLE SEEKERS DITAHAN SEMULA | KENA TANGKAP

Uncle seekers ditahan kena tangkap tahan semula lagi

JOHOR BAHRU: Pengkaji aktiviti paranormal, Uncle Seekers, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas, 46, yang tempoh tahanan reman mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 berakhir semalam, ditahan semula sejurus dibebaskan dengan jaminan polis.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Uncle Seekers ditahan pada kira-kira jam 7 malam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan 1948.

Majistret Maslinda Selamat membenarkan polis menahan reman Syed Abdullah (Uncle Seekers) selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes mengikut Akta Hasutan 1948.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Ismail Yatim pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor mengesahkan perkara terbabit dan penahanan itu dibuat berikutan laporan polis dibuat seorang lelaki pada 4 Julai lalu.

incoming: uncle seekers kena tangkap ditahan tahan semula lagi


JOM SHARE ARTIKEL INI:

No comments:

Post a Comment

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.