djchef 1MALAYSIA PRIVILAGE CARD UNTUK POLIS & TENTERA | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Tuesday 7 August 2012

1MALAYSIA PRIVILAGE CARD UNTUK POLIS & TENTERA

Najib lancar 1Malaysia Privilage Card untuk anggota polis dan tentera selepas kad diskaun siswa 1malaysia.

PERDANA MENTERI LANCAR 1MALAYSIA PRIVILAGE CARD
Sebagai menghargai sumbangan jasa serta bakti anggota polis dan tentera, kerajaan memperkenal satu lagi inisiatif terbaru bagi meringankan beban mereka dengan melancarkan kad " 1Malaysia Privilage Card " khusus buat 241,000 anggota dan pegawai kedua-dua pasukan itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan 6 (NBOS 6) itu membolehkan pemegang kad berkenaan mendapat diskaun antara lima dan 25 peratus daripada harga produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh kira-kira 20 syarikat yang mengambil bahagian.

Beliau berkata ia bertujuan memberi manfaat kepada warga Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia, yang dirujuk beliau sebagai kumpulan "Wira Yang Tidak Didendang", sebagai lanjutan kepada strategi NBOS 6, yang berkisar kepada kerjasama unik antara pelbagai jabatan serta agensi kerajaan yang diperkenalkan Malaysia, khusus untuk manfaat rakyat dan negara.

"Mudah-mudahan kad ini dapat digunakan untuk menambah lagi kuasa membeli atau "pendapatan boleh guna" rakyat," katanya semasa berucap pada majlis pelancaran kad itu serta portal 1Malaysia Privilege Card www.1mprivilege.my di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, hari ini.

Turut hadir di majlis pelancaran itu ialah Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

DISKAUN DARIPADA 1MALAYSIA PRIVILAGE CARD
Inisiatif menerusi strategi NBOS 6 ini menyaksikan kerjasama antara tiga kementerian berkenaan, yang membolehkan pemegang kad 1 malaysia privilage itu menikmati diskaun dalam pelbagai perbelanjaan barangan keperluan harian, alat sukan, alat ganti kenderaan, perhotelan, barangan kesihatan dan banyak lagi, yang senarai syarikat mengambil bahagian serta tawaran-tawaran mereka boleh disemak di portal berkenaan. - BERNAMA (utusan)

Lagi berita terkini 1 Malaysia Privilage Card di dalam berita.


JOM SHARE ARTIKEL INI:

No comments:

Post a Comment

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.