djchef BAJET 2013: PENCEN MINIMUM PESARA KERAJAAN DINAIKKAN KEPADA RM820 | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Friday 28 September 2012

BAJET 2013: PENCEN MINIMUM PESARA KERAJAAN DINAIKKAN KEPADA RM820

Bajet 2013: Pencen Minimum Pesara Kerajaan Kakitangan Awam dinaikkan kepada RM820 djchef.

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Kadar pencen minimum bagi pesara kerajaan yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan dinaikkan daripada RM720 kepada RM820, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata pelarasan pencen itu akan mengambil kira bayaran pencen bermula 1 Jan 2012.

"Kerajaan tidak akan lupa jasa pesara yang pernah mencurahkan khidmat bakti dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada negara.

"Langkah ini melibatkan seramai 50,371 pesara, termasuk penerima pencen terbitan, dengan peruntukan tambahan sebanyak RM60 juta setahun," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Sementara itu, kerajaan turut mencadangkan pengurangan caj bayaran pemprosesan pasport berkuatkuasa Januari 2013 dalam usaha mengiktiraf golongan warga emas.

Najib berkata caj bayaran pemprosesan pasport untuk tempoh sah laku selama lima tahun bagi warga emas akan dikurangkan sebanyak 50 peratus daripada RM300 kepada RM150.

"Manakala, bagi caj bayaran pengurusan pasport untuk tempoh dua tahun dikurangkan kepada RM80," katanya.

Tambahnya, pengurangan caj bayaran pasport itu turut diperluaskan kepada kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah. - BERNAMA

** MAKLUMAN **
Untuk Baca semua yang berkaitan bajet 2013 sila klik sini>> BAJET 2013

=      =       =        =       =       =

JOM SHARE ARTIKEL INI:

No comments:

Post a Comment

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.