djchef SINOPSIS DRAMA RUNTUN QALBU SLOT ZEHRA TV3 | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Saturday 22 September 2012

SINOPSIS DRAMA RUNTUN QALBU SLOT ZEHRA TV3

Terbaru sinopsis drama runtun qalbu slot zehra tv3 menggantikan drama naziha telah pun ditayangkan di tv3.

Kalau drama kau yang terindah ada Neelofa dan Emma Maembong, runtun qalbu ni pula menampilkan Fasha Sandha dan Fida Ibrahim.

SINOPSIS DRAMA RUNTUN QALBU
Runtun Qalbu mengisahkan Qalbu yang mana melalui satu penghijrahan dalam hidupnya dari hitam kepada seorang hamba yang taat. Namun sejauh mana dia berubah dan lari dari kehidupan lamanya, semakin itu juga dia dekat dengan hakikat dan sejarah yang pernah dilaluinya sebelum itu djchef.

Namun pada itu, Qalbu sentiasa menjadi perhatian jirannya, Idayu (Fasha Sandha) yang menyimpan perasaan terhadapnya. Tanpa
memikirkan soal kerja Qalbu, penjaga bilik mayat dan personalitinya yang pelik, diam dan tidak mudah memandang mata orang, Idayu yang juga anak kepada pemandu teksi itu tetap menyukainya.

Qalbu tidak punya hobi lain selain berada disebuah masjid yang akhirnya menemukannya dengan seorang gadis yang kerjanya mengajar kanak-kanak mengaji, Ustazah Fatihah (Fida Ibrahim).

Itulah minat Qalbu, namun tidak pernah mereka berbicara hinggalah takdir menemukan Qalbu kepada Kelabu lakonan pelakon muda, Shah Iskandar yang terbabit dalam kemalangan dan akhirnya dijaganya seperti keluarga sendiri.

Kronologi perkenalan Qalbu dan Ustazah Fatihah bermula di situ di mana Kelabu yang sering menjadi
orang perantara. Sayangnya, Fatihah bukannya menaruh cinta kepada Qalbu, tapi Kelabu dan membuatkan keadaan itu sangat janggal.

LAGU TEMA OST & BARISAN PELAKON
Antara barisan pelakon drama runtun qalbu ialah:
1. Kamal Adli sebagai Qalbu
2. Fasha Sandha sebagai Idayu
3. Shah Iskandar sebagai Kelabu
4. Fida Ibrahim sebagai Ustazah Fatihah
5. Shukri Yahya sebagai Bon Reen
6. Rahim sebagai Amy
7. Kaza sebagai Zaidi
8. Razak Ahmad sebagai Imam Musa
9. Rosnah Johari sebagai Rahimah
10. Juhara Ayob sebagai Hajah Zubaidah

Saksikan drama runtun qalbu (kalbu) slot zehra di tv3 setiap Jumaat, 9.00 malam dan lihat gosip artis malaysia untuk info terbaru.


JOM SHARE ARTIKEL INI:

1 comment:

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.