djchef DRAMA JULIA SLOT AKASIA TV3 | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Wednesday 17 October 2012

DRAMA JULIA SLOT AKASIA TV3

Terbaru drama julia tv3 di slot akasia tv3, sinopsis lagu tema ost dan pelakon serta tonton online.

Tajuk drama julia kali pertama djchef dengar tetiba teringat kisah novel waktu sekolah menangah dulu tajuk novel tu pun nama julia. hehehe..

SINOPSIS DRAMA JULIA TV3
Amir (Fizo Omar) merupakan seorang yang agak nakal di sekolah dan Amir telah ditangkap kerana merokok dan dikenakan hukuman rotan di hadapan guru-gurunya.

Bagaimana pun, Amir berjaya melanjutkan pelajaran ke oversea, dan dia ada perasaan dengan seorang gadis bernama Sofia (Izreen Azminda) , tetapi Sofia menolak cinta Amir, dan mengatakan dia tidak ada hati dengan Amir kerana Sofia sudah mempunyai Sam ( Iqram Dinzly).

DRAMA SLOT AKASIA JULIA MENAMPILKAN NABILA HUDA
Amer berkenalan dengan Julia, hubungan Amir dan Julia (Nabila Huda) semakin rapat, Julia berjaya merubah diri Amir dan Amir mulai menumpukan pelajarannya. Bermulalah kisah cinta antara Amer dan Julia yang cukup indah.

Sofia menyesal kerana tidak menerima cinta Amir dulu, kemudian dia berusaha untuk kembali semula kepada Amir seperti benci jadi cinta.

Drama ini menggantikan drama kau yang terindah, Julia merasakan dia dan Amer perlu ada ikatan kuat dan dia mahu mereka bertunang secepat mungkin. Dia berusaha untuk bersama Amer, dia gembira
apabila mendapat tawaran pekerjaan di Kuala Lumpur kerana boleh selalu bertemu Amer.

Amer lebih mengejar kemewahan dan kekayaan hingga Julia merasakan Amer mengabaikannya.

Kerana perangai Amer yang mengabaikan Julia, dia sudah beralih cinta dan berkahwin dengan
pemuda lain, Amer mulai menyesal.

Azwan dan Julia berkahwin tetapi ibu Azwan tidak menyukai Julia, dan mahu menjodohkan Azwan dengan Katrina (Syatilla Melvin).

BARISAN PELAKON
Antara barisan pelakon drama ini ialah:

- Nabila Huda
- Fizo Omar
- Izreen Azminda
- Iqram Dinzly
- Fauziah Ghaous
- Syatilla Melvin
- Norish Karman.

LAGU TEMA OST JULIA TV3
Antara lagu tema ost drama julia slot akasia tv3: Sudah Cukup Sudah – Nirwana Band, Milikku – Duta, Tiada Rasa – Ika Nabila ft. Aliff Razali.


JOM SHARE ARTIKEL INI:

No comments:

Post a Comment

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.