djchef November 2012 | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Friday 30 November 2012

Norish Karman Terima Hadiah Mesin Basuh dari Bekas Suami

Norish karman dapat hadiah mesin basuh daripada bekas suami ? Biar betul? - djdanchef

Bekas suaminya pernah datang melawat norish karman ketika norish sedang sakit tulang belakang dan telah menerima hadiah sebuah mesin basuh baju daripada bekas suaminya, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir.

NORISH KARMAN DAN MESIN BASUH

Sebenarnya, norish karman tidak suka menggunakan mesin basuh, sebabnya ini hanya akan cepat merosakkan baju. Dia sayangkan baju-baju dan tidak suka jika melihat baju-baju cantiknya tidak lagi boleh digunakan.

Jadi, bekas suaminya tahu akan tabiat norish ini dan pada yang sama tahu norish sakit,tanpa pengetahuan norish, bekas suaminya telah membelikan mesin basuh untuk norish karman baru-baru ini.

"Hubungan kami masih baik dan dia juga masih ambil berat tentang saya. Kami menjaga hubungan ini demi kebajikan anak-anak kami. Lagipun saya yang menjaga anak-anaknya dan jika tidak ditakdirkan saya tiada, anak-anak ini akan menjadi amanah dia juga nanti ," jelasnya lagi. -Gosip .


Baca Penuh Norish Karman Terima Hadiah Mesin Basuh dari Bekas Suami

CONTEST KALENDER 2013 EKSKLUSIF HAZWANHAIRY | BOX CREATIVE

Blogger Liku Liku Kehidupan Hazwan Hairy - Contest Kalender 2013 Eksklusif Hazwanhairy |Box Creative

Harap semua yang membaca sihat sejahtera sentiasa. Harap ini blogger hazwan hairy baru melancarkan contest terbaru dan mungkin yang terakhir untuk tahun 2012 ini.

Tidak lama lagi kita semua bakal mengakhiri tahun 2012 yang kacak ini dan akan bertemu kekasih baru iaitu tahun 2013.

HADIAH KALENDAR EKSKLUSIF HAIZWAN HAIRY



Jadi hazwan hairy ingin menghadiahkan kalendar 2013 yang sangat eksklusif kepada blogger-blogger dan hadiah ini memang pilihan terbaik untuk kita kerana 2013 akan muncul tak lama lagi.

TARIKH TAMAT 12 DISEMBER 2012

Oleh itu, Djdanchef ingin menjemput semua untuk sertai contest ini yang bakal tamat pada 12.12.2012. Tunggu apa lagi? Cepat klik banner dibawah untuk join!
Baca Penuh CONTEST KALENDER 2013 EKSKLUSIF HAZWANHAIRY | BOX CREATIVE

Strawberi Cinta | Strawberry Cinta

Sinopsis filem strawberi cinta lakonan Yana Samsudin dan Pierre Andre serta Diana Amir.

SINOPSIS FILEM STRAWBERI CINTA

Filem Strawberi Cinta mengisahkan perjalanan seorang pelancong Jepun bernama ICHIGO yang datang melawat Malaysia bersama rombongan pelancong senegaranya yang lain melalui sebuah pakej pelancongan Strawberry Vanilla Travel & Tours .

Pelbagai rahsia keindahan Malaysia diperkenalkan kepada mereka , namun ICHIGO djdanchef mempunyai rahsianya tersendiri . Datang dengan harapan mencari sesuatu yang telah lama hilang dari hidupnya. Jangan lupa, bersama menyelusuri perjalanan ICHIGO demi cintanya.

Barisan para pelakon dalam strawberi cinta ialah yana samsuddin, pierre andre dan diana amir dan akan ditayangkan pada disember nanti. - Gosip .

Gambar antara krew dan para pelakon yang menjayakan filem ini.


Baca Penuh Strawberi Cinta | Strawberry Cinta

Thursday 29 November 2012

Reza Mohamad Malas Komen Isu Dirasuk

Reza mohammad enggan ulas mengenai isu dirasuk di sebuah majlis. - djdanchef

Reza Mohammad enggan mengulas mengenai keadaan dirinya yang tiba-tiba dirasuk sewaktu dalam perjalanan untuk mengacarakan sebuah majlis fesyen di sebuah kelab di Ampang pada Sabtu.

Menurut murai mereka pernah bertanyakan isu ini kepada reza tetapi reza hanya membalas sms dengan berkata

"Don't want to talk about it. Sorry."

REZA TERPAKSA PULANG

Kes yang berlaku secara tiba-tiba pada malam Sabtu lalu itu telah menyebabkan Reza Mohamad tidak dapat melaksanakan tugasnya sebagai pengacara majlis.

Dia juga terpaksa berpatah balik ke rumahnya selepas keadaan semakin serius hingga meracau-racau di dalam keretanya.

KARL SHAFEK GANTI REZA

Situasi yang tidak diduga itu juga menyebabkan pihak penganjur berada di dalam keadaan yang kelam kabut kerana terpaksa mencari pengganti.

Mujur pada saat-saat akhir, mereka berjaya mengantikan tempat Reza Mohamad dengan Kark Shafek.


Baca Penuh Reza Mohamad Malas Komen Isu Dirasuk

Paris Hilton Dikecam Buka Butik Di Mekah |Makkah

Tranding djdanchef sekarang mengenai paris hilton dikecam buka butik di mekah / makkah . Ini telah menimbulkan ketidakpuashatian warga Arab Saudi disana.

Membuatkan warga Mekah dan Arab Saudi marah terhadap Paris Hilton seolah-olah tidak ada tempat lain untuknya membuka butik mewah tersebut.

Butik mewah yang kelima di Asia barat itu terletak di Jalan King Abdullah Bin Abdulaziz.

Paris Hilton terkenal dengan latar belakang kurang elok sebagai pelakon video kotor yang dilihat memberi gambaran buruk terhadap kota yang dikunjungi umat Islam itu.

Antara produk jenamanya ialah minyak wangi, beg tangan, jam dan kasut.

"Apa Paris Hilton buka kedai di Mekah? Dunia sekarang sudah teruk. Tolong hantar saja saya ke planet Marikh," kata salah satu pengguna Twitter yang menyindirnya.



Baca Penuh Paris Hilton Dikecam Buka Butik Di Mekah |Makkah

Kepala Anak Terkoyak Main Gelongsor Air di Taman Tema

Kejadian buruk yang bakal berlaku tiada siapa yang dapat hidu. Djdanchef pun tidak dapat menghidu dan meramal apa malang yang akan menimpa. Begitu juga yang terjadi terhadap anak kepada seorang ibu ini.

Keseronokan seorang murid mandi-manda di sebuah taman tema air di Ayer Keroh, Melaka bertukar menjadi igauan buruk ketika bermain salah satu gelongsor air di situ.

Akibat kejadian itu, pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah di sini, Muhammad Aiman Afzal Suhaizam, 14, mengalami pendarahan otak dan tempurung. kepalanya retak selepas terjatuh pada ketinggian kira-kira empat meter dari permainan gelongsor air boomerang.

AIMAN TERIMA 30 JAHITAN

Ibu mangsa, Sharina Wahab, 39, mendakwa, dalam kejadian itu, kepala anaknya terhantuk sehingga terpaksa menerima 30 jahitan selain lebam di lutut, tangan dan tengkuk. Anaknya pergi ke situ selepas mengikuti percutian selama empat hari anjuran Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Perlis melibatkan rombongan kira-kira 80 orang terdiri daripada pelajar dan guru.

KEADAAN BERPUSING-PUSING HINGGA TERPELANTING KELUAR

Dakwa ibu Aiman, kejadian disebabkan kecuaian petugas yang menyelia permainan gelongsor tersebut apabila melepaskan Aiman dalam keadaan berpusing-pusing sehingga aiman terpelanting keluar.

Aiman terjatuh ke lantai konkrit dari ketinggian empat meter menyebabkan kepala terhantuk selain kesan lebam di lutut, tangan dan tengkuk sehingga menerima 30 jahitan.

PENING DAN SAKIT KEPALA SEUMUR HIDUP

Menurut Sharina, dia kini resah dan risau apabila doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang merawat anaknya memaklumkan yang Aiman bakal mengalami simptom pening dan sakit kepala seumur hidup.

“Kini anak saya sering mengantuk selain lesu setiap kali bangun tidur dan keadaan itu telah mengubah kehidupan anak saya yang sebelum ini ceria,” dakwanya.

Dalam pada itu di Melaka, jurucakap taman tema tersebut memberitahu, pihaknya tidak pernah lepas tangan mengenai kejadian berkenaan dan sedang menunggu laporan penuh perubatan untuk tindakan lanjut.

LIHAT BERITA TERKINI DI BERITA

GAMBAR: Kesan jahitan di kepala aiman.


Baca Penuh Kepala Anak Terkoyak Main Gelongsor Air di Taman Tema

Tuesday 27 November 2012

2012 Tahunku Yang Kacak

Sudah lama perhati contest 2012 Tahunku Yang Kacak ini tapi bila mula nak taip entri saja terus kering idea. Djdanchef tak tahu nak cerita mengenai apa untuk pertandingan ini sebab terlalu kacak sangat.

Djdanchef melawat entri peserta-peserta yang turut sertai 2012 Tahunku Yang Kacak dan sangat ramai yang berkongsi tentang kejayaan mereka di dalam dunia blogger. Blur sudah masa ini, aku nak cerita kejayaan blogging apa yer baru 3 bulan aktif semula dalam dunia blog ini, tak sampai satu tahun jagung lagi baru suku jagung saja. Suku jagung? Merepek.

Kemudian ada yang berkongsi mengenai kejayaan mereka dalam kehidupan, ada entri mereka yang menyentuh hati dan juga memberi inspirasi untuk terus mencapai impian serta menjadi lebih kacak dan cantik untuk tahun hadapan berbanding 2012. Boleh?

Dari situ barulah ada timbul idea seciput demi seciput kenapa 2012 adalah sangat bermakna bagi djdanchef.

1. 2012 Tahunku Yang Kacak - Menang Tempat KE- 13 Seo Contest Eyriqazz vs Denaihati .

Ini merupakan salah satu kenangan 2012 Tahunku Yang Kacak bagi djdanchef kerana kali pertama melibatkan diri dalam pertandingan seo ini. Djdanchef saja join pertandingan ini dan tidak mengharap akan menjadi top 20 kerana semua peserta hebat belaka tetapi alhamdulillah tak sangka berjaya dalam kelompok top 20 juga.
2012 Tahunku Yang Kacak

Walaupun hanya tempat ke 13 namun ada pengalaman yang sangat bermakna buat djdanchef di dunia blog ini.

- Timba pelbagai pengalaman selagi mampu.
- Jika kalah itu tidak beerti anda kalah selamanya, ada kejayaan yang menanti disana hanya tunggu masa untuk 'suprise' kan anda sahaja.


2. 2012 Tahunku Yang Kacak - Alexa Rank Kacak

2012 ini juga merupakan tahun yang sangat bagus untuk alexa ranking blog djdanchef dimana pada bulan Julai 2012 alexa blog djdanchef berada di tangga 16 JUTA.
2012 Tahunku Yang Kacak

Bermula Ogos 2012 djdanchef mula berblog semula, kerap update blog dan blogwalking ke blog-blog rakan yang lain dan awal bulan november 2012 alexa rank blog telah berada di tangga.
2012 Tahunku Yang Kacak

Semasa bulan Julai rank 16 Juta dan bulan ini sudah bawah 600 000. Djdanchef selalu akan bookmark link blog rakan dan akan melawat ikut yang termampu pada hari itu. Ranking untuk bulan disember 2012 dan tahun hadapan adakah akan kacak lagi?.

- Perancangan yang dibuat dengan teratur pasti akan memberi impak keputusan yang baik.
- Anda boleh berada diatas tetapi jangan terus merasa selesa, mungkin anda akan berada kembali dibawah


3. 2012 Tahunku Yang Kacak - Juara Cupcake Decoration
Pabila anak teruna menghias kek cawan.

2012 Tahunku Yang Kacak

Djdanchef ada menyertai pertandingan cupcake yang telah diadakan di IPTA yang djdanchef belajar. Ini pun 2 hari pertandingan nak bermula baru gigih nak sertai, yang pelinknya berani pula join padahal tak tahu langsung deco cupcake alah ni.

Berbekalkan azam yang kuat djdanchef bersama kawan yang lain beli barang untuk menghiaskan cupcake dan malam tu juga buka youtube, cari gambar kat google dan praktis deco cupcake dalam asrama masing-masing dari 9 malam sampai 4 pagi.

Memang kacak lah bila anak teruna deco cupcake pagi-pagi buta. Keesokannya pertandingan bermula djdanchef dan rakan-rakan lain terus fokus hias kek cawan tu, apa yang kami dah praktis sampai 4 pagi tu semuanya kami gunakan. Kemudian masa tamat! Dan keputusannya..

2012 Tahunku Yang Kacak

Alhamdulillah cupcake kami menjadi Johan Cupcake Decoration dengan bermotifkan bunga dan yang tak tahan siap ada letak kumbang comel atas bunga tu.

- Berani mengambil risiko kadang-kala boleh membuat diri menjadi lebih inovatif.
- Berusaha dan latihan kunci kejayaan - kerap membuat sesuatu latihan pasti akan dapat ketahui dimana kesilapan dan berusaha sedikit demi sedikit untuk menjadi lebih baik daripada sebelum ini.


Beberapa saja dapat djdanchef kongsikan tentang kekacakan tahun 2012. Semua orang pasti ada kenangan dan pengalaman manis pada tahun ini tidak lupa juga peristiwa pahit. Apa pun jua, tabahkan hati dan teruskan menempuh hari yang mendatang.

Jari jemari ku ini menaip ingin mengucapkan semoga berjaya kepada peserta 2012 Tahunku Yang Kacak cantik anjuran spudin dan semoga anda yang membaca ini mencapai kejayaan yang lebih kacak untuk tahun hadapan.

Contest ini dianjurkan oleh spudinpunya dan ditaja khas oleh : Ciktom, mksyahir, FauziBlues, eizil network, lepakk[dot]com, LadFeamir , My Arazzi, penmerah[dot]comnurmisnan dan puanbee[dot]com .
Baca Penuh 2012 Tahunku Yang Kacak

Monday 26 November 2012

Datuk Aziz Satar Rujuk Bekas Isteri Kembali

Alhamdulillah hari ini djdanchef dapat berita datuk aziz satar akan rujuk kembali bekas isterinya.

Selepas sembilan bulan bercerai, seniman veteran dan pelawak tidak asing lagi, Datuk Aziz Satar mengesahkan beliau akan rujuk kembali dengan bekas isterinya, Hashimah Delan.

MEMPEROLEH KEMBALI PERSEFAHAMAN

Datuk Aziz Satar dan bekas isteri bersetuju berbuat demikian setelah masing-masing memperoleh kembali persefahaman.

“Perkara ini tidak perlu lagi diperbesarkan kerana semuanya sudah selesai. Perselisihan kecil yang berlaku itu adalah lumrah dalam kehidupan rumah tangga dan semua orang melaluinya.

“Semuanya telah selesai dengan baik, kami bersepakat untuk merujuk semula perkara ini secara sah di mahkamah dalam masa satu atau dua hari lagi,” katanya.


Baca Penuh Datuk Aziz Satar Rujuk Bekas Isteri Kembali

12 Lagu Akhir Anugerah Juara Lagu 27 |Final AJL27

Terkini 12 lagu yang layak & berjaya ke peringkat akhir final Anugerah Juara Lagu (AJL 27) @ muzik muzik 27 yang telah berlangsung pada ahad 10 malam di TV3.

30 buah lagu telah dipertandingkan di separuh akhir (semi final muzik-muzik) tetapi hanya 12 lagu sahaja yang layak ke peringkat akhir AJL 27.

LAGU YANG BERJAYA KE PERINGKAT AKHIR ANUGERAH JUARA LAGU KE 27

Djdanchef senaraikan 12 lagu & finalis yang layak ke final AJL :

1. Idola - Azlan & The Typewriter
2. Pelangi Senja - Stacy
3. Anak Kampung - Jimmy Palikat feat. One Nation Emcees
4. Terukir DiBintang - Yuna
5. Ombak Rindu - Hafiz & Adira
6. Tanpamu - Amir Jahari
7. Lagu - Bedroom Santuary
8. Teman Pengganti - Black & RJ
9. Ku Akui - Hafiz djdanchef
10. Simetri - Hazama & Amy Search
11. Andaiku Bercinta Lagi - Mojo
12. Patah Seribu - Shila Amzah

Tahniah djdanchef ucapkan kepada finalis-finalis. Dan sekali lagi SHILA AMZAH mendapat tumpuan ramai kerana berjaya ke peringkat akhir, makin murah rezeki shila amzah. Tahniah.

Jumpa nanti di Anugerah Juara Lagu ke 27.


Baca Penuh 12 Lagu Akhir Anugerah Juara Lagu 27 |Final AJL27

Saturday 24 November 2012

Drama Mariam Kampung Putat Lakonan Hanis Zalikha & Aiman Hakim|Cerekarama TV3

Sekarang sinopsis mariam kampung putat cerekarama tv3 lakonan hanis zalikha dan aiman hakim telah bersiaran di TV3 sekarang ini.

SINOPSIS MARIAM KAMPUNG PUTAT CEREKARAMA TV3

Kisah bermula dimana suatu hari ketika majlis kenduri kesyukuran diadakan di Kampung Putat, Mariam (Hanis Zalikha) secara tidak sengaja terlanggar Danial (Aiman Hakim) yang menyebabkan dulang berisi kari terkena Danial.

Selesai majlis tersebut, Mariam dimarahi dan dipukul oleh ibu tirinya, Cik Gayah Gelang Labuh dan Gaga Gebu. Sejak peristiwa itu, Mariam takut untuk keluar rumah kerana khuatir akan berjumpa dengan Danial.

Sementara itu, Danial pula ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Mariam. Tiada seorang pun yang mengetahui tentang wanita tersebut. Danial cuba bertanya kepada Cik Gayah namum Cik Gayah menjawab tidak kenal kerana terlalu ramai pekerjanya.

Dalam masa yang sama juga Cik Gayah memperkenalkan Gaga Gebu kepada Danial untuk dijadikan calon isteri tetapi Danial tidak menyukainya. Encik Hisham pula semakin mendesak Danial untuk mencari teman hidup. Danial meminta tempoh selama tiga minggu. Siapakah yang akan di pilih oleh Danial?

BARISAN PELAKON
Antara barisan pelakon drama mariam kampung putat ini ialah Aiman Hakim Ridza, Hanis Zalikha, Azhar Sulaiman, Betty Benafe, Azad Jasmin, Bea Rameshan, dan Shukry Yahya.

Jangan lupa saksikan lakonan hanis zalikha dan aiman hakim dalam drama ini pada 24 November 2012 jam 10 malam di TV3.

LIHAT JUGA:
- OST & SINOPSIS MAAFKAN AKU CEREKARAMA TV3
- SINOPSIS DI BAWAH LANGITMU TV3



Baca Penuh Drama Mariam Kampung Putat Lakonan Hanis Zalikha & Aiman Hakim|Cerekarama TV3

Tangan Budak 3 Tahun Putus Dikisar Mesin Santan

Sekiranya ada yang membaca akhbar hari ini pasti terjumpa berita seorang kanak berusia 3 tahun yang putus tangan dikisar mesin santan.

Menurut akhbar yang djdanchef baca kejadian ini berlaku di Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan.

IBU MANGSA TERLUPA TUTUP SUIS

Ketika kejadian, terdapat beberapa pekerja lain dan pelanggan yang sedang menunggu giliran untuk membeli santan.

Ibu mangsa berada di belakang kedai untuk mencuci beberapa peralatan dan pada masa sama meninggalkan anaknya di dalam premis bersama mesin yang tidak dimatikan suisnya.

Beberapa minit kemudian, dia terdengar bunyi kecoh dimana anaknya telah memasukkan tangan ke dalam mesin dan kedengaran suara anaknya, Aisy Mirza menjerit memanggilnya.

“Saya yang tidak menyangka apa apa kemudian terkejut apabila mendapati tangan kiri anak saya berlumuran darah, putus dan hancur dikisar mesin tersebut. Saya hanya mampu kata ‘hilang dah tangan anak aku.. hilang dah tangan anak aku’.

“Dalam keadaan lemah, saya kuatkan juga semangat untuk memangku Aisy Mirza dan membalut tempat luka dengan kain sebelum membawanya ke Hospital." kata ibu mangsa.

AISY MIRZA DI BAWA KE HOSPITAL

Adik Aisy Mirza kini ditempatkan di wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk rawatan.

Difahamkan, tangan anak tunggal pasangan Mahadi Mustapa, 29, dan Nik Nur Aiza Rozali, 26, itu gagal diselamatkan dan doktor hanya dapat membalut tulang bahu yang tersembul sahaja untuk mengelakkan daripada dijangkiti kuman.


Baca Penuh Tangan Budak 3 Tahun Putus Dikisar Mesin Santan

Senarai Pemenang Anugerah Shout Awards 2012

Baru saja semalam berlangsungnya Anugerah Shout Awards 2012 dan senarai pemenang telah pun diumumkan.

Anugerah Shout Awards 2012 ini telah berlangsung di Surf Beach, Sunway Lagoon di siaran 8TV.

SENARAI PENUH PEMENANG ANUGERAH SHOUT AWARDS 2012

Berikut ialah senarai penuh pencalonan dan pemenang:

Rockstar Award
1. Bunkface - Pemenang *
2. Estranged
3. Faizal Tahir
4. Hujan
5. Love Me Butch
6. Monoloque

Popstar Award
1. Aizat Amdan
2. Datuk Siti nurhaliza
3. Hafiz
4. Jaclyn Victor
5. Najwa Mahiaddin
6. Yuna - Pemenang *

Power Vocal Award
1. Azlan & The Typewrit
2. Black
3. Faizal Tahir
4. Jaclyn Victor
5. Shila Amzah - Pemenang *
6. Yuna

Flava Award
1. Altimet, Joe Flizzow & Sonaone
2. Black & Malique - Pemenang *
3. Malique & Jamal Abdillah
4. Malique & Rabbani
5. Mizz Nina
6. Zizan & Kaka

Music Video Award
1. Mizz NIna - Pemenang *
2. Najwa Mahiaddin
3. One Buck Short
4. Shila Amzah
5. The Azenders
6. Yuna

Break Out Award
1. Diandra Arjunaidi
2. Go Gerila!
3. Kyoto Protocol
4. Massacre Conspiracy - Pemenang *
5. Najwa Mahiaddin
6. Oh! Chentaku

Best On-Screen Chemistry Award
1. Awie, Johan & Usop Wilcha (Hantu Kak Limah
Balik Rumah)
2. Zizan Razak & Aaron Aziz (KL Gengster)
3. Remy Ishak & Tiz Zaqyah (Nur Kasih The Movie)
4. Aaron Aziz & Maya Karin (Ombak Rindu)
5. Josiah Hogan & Iedil Putra (Projek Pop)
6. Johan & Zizan Razak (Raja Lawak Musim 6) - Pemenang *

Fresh TV Series Awards
1. Betul Ke Bohong?
2. Friday I'm In Love
3. Projek Pop
4. Tentang Dhia
5. Versus - Pemenang *
6. Yuna - Bintang Di Langit

Breakthrough Local Feature Award
1. Bunohan
2. Hantu Kak Limah Balik Rumah
3. Hikayat Merong Mahawangsa
4. Nur Kasih The Movie
5. Ombak Rindu
6. Songlap - Pemenang *

Favourite TV Program Award
1. Anugerah Juara Lagu Ke-26
2. Karoot Komedia X (RAYA)
3. Maharaja Lawa Mega (FINAL)
4. Showdown 2012 - Pemenang *
5. Super Spontan
6. Versus - Konfrontasi Terakhir

Favourite TV Personality Award
1. Adibah Noor (Super Spontan)
2. Hafiz Hatim (Showdown 2012)
3. Henry Golding (Welcome To The Rail World)
4. Johan (Raja Lawak Musim 6)
5. Razif Hashim (Best In The World)
6. Zizan Razak (Raja Lawak Musim 6) - Pemenang *

Coolest Radio Announcer Award
1. Faizal Ismail (Hot FM AM Krew)
2. Fara Fauzana (Hot FM AM Krew)
3. Hafiz Hatim (Fly FM - Pagi Rock Krew)
4. Hunny Madu (Fly FM - Malaysia's Hottest Music) - Pemenang *
5. Nabil Ahmad (Ceria Pagi Di Suria)
6. Phat Fabes (Fly FM - The Phat Fabes & Ben Show)

Favourite Radio Show Award
1. 33RPM
2. Dansa ERA Bersama Nazpoleon, G dan DJ Fuzz
3. Fly FM - Stripped
4. Fly FM - Pagi Rock Krew
5. Fly FM - The Phat Fabes & Ben Show
6. TOP 5 - Panggilan Hangit - Pemenang *

Hot Chick Award
1. Nur Fazura
2. Lisa Surihani
3. Marion Rose Counter
4. Maya Karin
5. Nora Danish - Pemenang *
6. Scha Al Yahya

Hot Guy Award
1. Aaron Aziz - Pemenang *
2. Hans Isaac
3. Henry Golding
4. Remy Ishak
5. Shaheizy Sam
6. Zizan Razak

Wired Celebrity Award - (Selebriti aktif di Twitter)
1. AG COCO - @agcoco
2. ALTIMET - @altimet
3. CELEPETS - @DaphCLPT, @SazzyFalakCLPT, @
YasminHaniCLPT, @AtiliaCLPT, @AishahJennifer, @
dynasCLPT
4.FATIMAH ABU BAKAR - @fatibee
5. SOFIA JANE - @MemHanyut
6.YUNA - @yunamusic - Pemenang *

Shout! Aloud Award (Individu berbakat menerusi YouTube)
1. Faradyable
2. IniAnwarHadi
3. JinnyoyTV
4. Matluthfi90 - Pemenang *
5. Popteevee
6. The WKND

djdanchef: tahniah djdanchef ucapkan kepada semua pemenang.

LIHAT JUGA:
- PEMENANG ANUGERAH INDUSTRI MUZIK AIM 19
- KEPUTUSAN PEMENANG ANUGERAH SKRIN 2012



Baca Penuh Senarai Pemenang Anugerah Shout Awards 2012

Friday 23 November 2012

Biodata Chef Dr. Ezani Farhana Masterchef Malaysia

Juara Masterchef Malaysia 1 biodata chef dr. Ezani Farhana beserta gambar.
Djdanchef: Ada yang kenal dengan Chef Ezani Farhana? Sekiranya anda peminat Masterchef pasti kenal juara Masterchef Malaysia yang pertama iaitu Dr. Ezani, seorang doktor pergigian yang cantik.

IBU ADALAH INSPIRASI EZANI

Ezani, meletakkan ibunya sebagai sumber inspirasi untuk memasak. Kehebatan ibunya memasak pelbagai jenis masakan untuk dihidangkan kepada keluarga dan rakan-rakan sangat dikaguminya. Sejak kecil, Ezani sentiasa melihat ibunya memasak bermacam-macam jenis masakan.

CHEF KEGEMARAN - CHEF WAN & JAMIE OLIVER

Chef Wan dan Jamie Oliver yang ghairah dalam pembikinan apa jua jenis masakan di kaca TV amat dikagumi oleh Ezani. Ini menjadikan mereka sebagai chef kegemaran Ezani. Masakan segar dan sihat yang disediakan oleh kedua-dua chef ini juga membakar lagi semangat Ezani berusaha lebih lagi untuk mendalami bidang masakan.


IMPIAN DI MASA HADAPAN
Walaupun belum berkahwin, Ezani ingin sekali.memasak untuk suami dan anak-anak yang disifatkannya sebagai orang yang terpenting dalam hidupnya nanti, menguruskan perniagaan katering sendiri, ingin melibatkan diri dalam penggayaan makanan atau “food styling” dan bidang fotografi.

BIODATA CHEF EZANI FARHANA
Nama penuh: Ezani Farhana Md Monoto
Umur: 27 tahun
Tarikh lahir: 11 Mei 1985
Asal: Muar, Johor
Pekerjaan: Doktor gigi
Pendidikan: Sarjana Muda Pembedahan Pergigian, Universiti Adelaide, Australia
Hobi: Memasak, berenang, selam skuba, mengembara
Laman web blog dr. ezani : http://www.zestbyezani.com

GAMBAR





Baca Penuh Biodata Chef Dr. Ezani Farhana Masterchef Malaysia

Thursday 22 November 2012

Irma Hasmie & Redza Bakal Timang Anak Lelaki.

Irma hasmie dan redza bakal timang anak/bayi lelaki. Djdanchef baru dapat tahu dari media-media yang irma hasmie telah mengetahui status jantina bayi pertamanya.

Irma yang sarat mengandung sebelum ini dan sekarang semakin baik telah memaklumkan kepada wartawan beliau bakal melahirkan anak lelaki ketika diwawancara Majlis amal Pungutan Derma Tabung Palestin anjuran Persatuan Usrah Fitrah.

Tahniah lagi sekali djdanchef ucapkan buat irma dan redza. Anak mesti comel nanti.

LIHAT JUGA:
- GAMBAR IRMA HASMIE & REDZA KAHWIN
- GAMBAR KAHWIN IRMA & REDZA SYAH DATO REDZUAN


Baca Penuh Irma Hasmie & Redza Bakal Timang Anak Lelaki.

Wednesday 21 November 2012

SEGMEN ERAZ FADLI : Pencarian BLOGLIST

Salam.. Salah seorang rakan blogger popular Eraz Fadli menjemput para blogger menyertai segmen pencarian bloglist terbarunya.

Ini juga merupakan salah satu alternatif untuk Eraz Fadli melawat atau blogwalking ke blog-blog yang disenaraikan di bloglistnya.

Kepada yang ingin menyertai boleh la klik banner di bawah sebelum segmen ini tamat sekejap lagi.

Eraz Fadli, erazfadli
Baca Penuh SEGMEN ERAZ FADLI : Pencarian BLOGLIST

Penyanyi Era 60-an J. Kamisah The Wisma Meninggal Dunia

Terkini dari berita: Penyanyi era 60 an, J. Kamisah meninggal dunia pada awal pagi Rabu kerana komplikasi pelbagai penyakit termasuk jantung.

Menurut anak angkatnya Rahimah Rahim, 41, Allahyarham yang juga bekas anggota kugiran The Wisma, menghembuskan nafas terakhir pada kira- kira pukul 1.20 pagi di kediaman keluarganya di Bukit Panjang, Singapura.

Jenazah Allahyarham Dikebumikan Di Singapura

Allahyarham meninggalkan suami, Mohd Kadar Sultan dan tiga anak yang berusia di antara 36 hingga 43 tahun.

Jenazah allahyarham dikebumikan di Pusara Aman Tanah Perkuburan Islam, Choa Chu Kang, Singapura sebelum solat Zuhur, Rabu.

Antara Rakan Artis Yang Turut Hadir

Antara rakan artis seangkatan yang hadir memberikan penghormatan terakhir adalah Fatimah M. Amin, Sanisah Huri dan pelakon Maria Menado.

Beliau pernah popular dengan lagu lagu antaranya Jelingan Manja, Irama Desa Seberang, Bingkisan Hati Setia, Salam Terakhir, Rayuan Ku dan Jangan Chemburu .

djdanchef: Al- Fatihah..

LIHAT JUGA:
- SUPERMODEL SHIDA YAACOB MENINGGAL DUNIA
- TENGKU PUTRI AISHAH ADINDA SULTAN SELANGOR MANGKAT



Baca Penuh Penyanyi Era 60-an J. Kamisah The Wisma Meninggal Dunia

Tuesday 20 November 2012

Aida AF9 Cedera Kemalangan Teruk, Gambar Excident

Aida af9 cedera kemalangan teruk, gambar kereta excident di lebuhraya duke.

Djdanchef dapat berita daripada kawan djdanchef mengenai seorang artis akademi fantasia 9 (af9) yang mengalami kemalangan dan tercedera di lebuhraya duke dan artis tersebut adalah Aida kakak kepada Fina Jebay AF9.

Dan pada masa yang sama wall profile fb djdanchef juga banyak link oh bulan mengenai insiden excident ini.

Berita terkini dari selebriti yang meningkat naik melalui rancangan realiti Akademi Fantasia (AF), Aida atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat telah mengalami kemalangan teruk di Lebuhraya Duke dan kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurut Zuan dari rancangan Melodi, kemalangan ini berlaku apabila Aida yang baru sahaja habis menjalani penggambaran mahu menuju pulang ke rumah.

AIDA AF9 TERTIDUR, KERETA BERPUSING SEBANYAK 3 KALI

Difahamkan, Aida memandu kereta model Mazda seorang diri apabila dia secara tidak sengaja tertidur lalu kemalangan. Keretanya dikatakan berpusing sebanyak 3 kali sebelum melanggar pokok di tepi jalan.

WANG DAN TELEFON BIMBIT AIDA JUGA DICURI

Selepas kemalangan berlaku, duit dan telefon bimbit model Samsung Tab Aida turut dicuri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Aida kini dilaporkan dalam keadaan stabil di HKL dan masih menerima rawatan. Ahli keluarganya termasuk Fina turut dilihat hadir melawat di hospital.

DOA SEMOGA AIDA AF9 SELAMAT
Djdanchef mendoakan sangat-sangat semoga aida selamat dan pulih.

LIHAT JUGA:
- MIZA TERSINGKIR, AIDA & AMIR DIGUGURKAN DI AF9
- GAMBAR AIDA AF9 KEMALANGAN CEDERA TERUK





Baca Penuh Aida AF9 Cedera Kemalangan Teruk, Gambar Excident

Monday 19 November 2012

Diana Danielle Sah Hamil |Diana Pregnant Umum di Instagram

Gambar Instagram Diana Danielle hamil, Diana pregnant ( mengandung ).

Harini djdanchef dapat tahu berita gembira di twitter / instagram diana danielle dan farid kamil.

DIANA DANIELLE HAMIL

Berita gembira itu ialah diana baru sahaja post gambar ujian kehamilan di instagram.

Pantas sungguh rezeki mereka datang. Diana dan Farid kamil baru sahaja bernikah pada 3 november. Alhamdulillah rezeki mereka dua.

Di bahagian status gambar itu diana menulis “The Most precious birthday
present, thanks Allah SWT” kerana ini adalah hadiah hari jadinya yang terbaik bagi dirinya.

Tahniah djdanchef ucapkan kepada Diana Danielle dan Farid Kamil mengenai berita diana danielle pregnant ini. Semoga dapat menjadi suami isteri yang soleh solehah dan menjadi ibu bapa yang baik.

LIHAT JUGA:
- Gambar Majlis Perkahwinan Farid Kamil dan Diana Danielle
- Anak Kembar Hilang Dalam Kandungan Secara Misteri


Baca Penuh Diana Danielle Sah Hamil |Diana Pregnant Umum di Instagram

Dato Sarimah Kongsi Tips Kesihatan Dan Kecantikan

Dato sarimah ahmad kongsi tips kecantikan dan kesihatan yang diamalkannya selama ini.

Dato Sarimah bersyukur dengan rahmat kesihatan yang diberikan kepadanya, malah mampu melakukan rutin harian seawal jam 4 pagi untuk bersolat dan melakukan senaman.

TIPS KESIHATAN DAN KECANTIKAN TERBAIK DATO SARIMAH AHMAD

Ulam-ulaman dan air zam-zam sudah menjadi pilihan terbaik bagi primadona filem Melayu, Datuk Sarimah Ahmad untuk kekal sihat dan bertenaga walaupun usia mencecah 70 tahun.

Selain itu, ambilan madu dan sedikit garam, air zam-zam dan salad sudah cukup pada waktu sarapan pagi.

Penjagaan dalaman juga amat penting termasuk dari aspek pengambilan makanan dan vitamin C serta multivitamin bagi mengekalkan kesihatan tubuh.

KEPERITAN MELAWAN BARAH MEMBERI KEKUATAN KEPADANYA

Keperitan hidupnya melawan barah empat tahun lalu sehingga doktor memberitahu hanya mampu bertahan tiga bulan saja, memberi kekuatan kepadanya untuk kembali sihat seperti usia muda.

“Berkat doa dan sokongan anak, saya gagahkan diri menunaikan umrah dalam keadaan sakit. Selepas pulang, kesihatan saya semakin pulih kerana sering mengamalkan minum air zam-zam,” katanya.

Dato Sarimah Ahmad sudah mempunyai 32 orang cucu dan empat cicit. Ibu tunggal kepada enam anak ini mahu terus sihat untuk melihat cucu, cicit dan piut membesar di depan mata.

djdanchef


Baca Penuh Dato Sarimah Kongsi Tips Kesihatan Dan Kecantikan

Sunday 18 November 2012

BINA DEWAN MALAYSIA |MALAYSIA HALL DI PERTH AUSTRALIA

Kerajaan memperuntukkan RM30 juta bagi membina sebuah Dewan Malaysia di Australia Barat bagi menampung keperluan pelajar negara yang semakin meningkat di sana.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata dewan tersebut akan dibina di Perth selepas menerima cadangan daripada masyarakat dan 3,000 pelajar Malaysia yang berada di sana.

BANTU PELAJAR YANG MENYAMBUNG PELAJARAN DI PERTH AUSTRALIA

Pelajar yang menyambung pelajaran di Australia Barat akan menginap di Dewan Malaysia Perth sebelum memasuki universiti masing-masing kerana kos sewa bagi penginapan sementara di sana adalah sangat tinggi.

FASILITI DEWAN MALAYSIA

Dewan Malaysia Perth akan mempunyai 80 bilik penginapan. Kemudahan yang biasa ada di sesebuah Dewan Malaysia termasuk dewan, kantin atau perpustakaan.

Dewan Malaysia ini akan membantu pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran di Australia dan jumlah pelajar makin bertambah setiap tahun.

Djdanchef : Gambar salah satu cawangan Dewan Malaysia di Sydney.


Baca Penuh BINA DEWAN MALAYSIA |MALAYSIA HALL DI PERTH AUSTRALIA

Saturday 17 November 2012

PEMENANG AIM 19 ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 2012

Terkini senarai pemenang anugerah industri muzik aim 19 2012 . Anugerah berpestrij ini telah pun berlangsung pada hari ini (sabtu) dengan meriahnya.

djdanchef sempat menonton anugerah ini di astro banyak pemenang yang djdanchef tak jangka akan menang tup2 menang. Rezeki mereka kali ini.

Berikut adalah para pemenang anugerah industrik muzik aim19 2012 :

- Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Lelaki):
Jamal Abdillah (Bahagia Sementara)

- Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita):
Jaclyn Victor (Counting Days)

- Artis Baru Terbaik:
Mojo (Andai Kau Bercinta Lagi)

- Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Lagu:
Forteen (Seperti Dulu)

- Video Muzik Terbaik:
Yuna /Quek Shio Chuan (Sparkle)

- Lagu Pop Terbaik:
Shila Amzah (Patah Seribu)

- Lagu Rock Terbaik:
Azlan & The Typewriter/Audi Mock/ Dark (Idola)

- Lagu Bahasa Melayu Terbaik Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara:
Nirwana Band (Sudah Cukup Sudah)

- Anugerah Kembara:
Mizz Nina

- Kulit Album Terbaik:
Mizz Nina/ Even Odds Sdn Bhd (Take Over)

- Rakaman Album Terbaik:
Nora/Rahman Ayob (Hikmah)

- Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu:
Jaclyn Victor/ Aubrey Suwito (Counting Days)

- Anugerah Sri Wirama:
Alleycats

- Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Lelaki):
Jamal Abdillah (Bahagia Sementara)

- Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita):
Jaclyn Victor (Counting Days)

- Lagu Inggeris Tempatan Terbaik :
Jaclyn Victor/ Aubrey Suwito/ Lin Li Zhen (Counting Days)

- Lagu Hip Hop Terbaik:
Jamal Abdillah & Malique/ Malique/ Tripdizs (Aku Maafkan Kamu)

- Album Terbaik Panas Giler: Salam Musik/ Salam (Salam Musik)

- Anugerah Lagu Terbaik Panas Giler: Shila Amzah (Patah Seribu)

TAHNIAH SHILA AMZAH DAN SALAM MUZIK

Tahniah djdanchef ucapkan kepada Salam Muzik kerana menang Album Terbaik dan Shila Amzah pemenang Anugerah Lagu Terbaik AIM serta tahniah juga kepada pemenang-pemenang yang lain.

LIHAT JUGA:
- TOP 5 FINALIS AIM KE 19
- YUNA DAN JACKLYN VICTOR DOMINASI AIM 19 2012


Baca Penuh PEMENANG AIM 19 ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 2012

NORLIANA NAFI MEREKA CERITA KEHILANGAN KANDUNGAN SECARA MISTERI

Kalau anda semua perasan djdanchef ada post berita yang bertajuk anak kembar hilang dalam kandungan. Seorang bakal ibu bernama Norliana yang sedih apabila bayi dalam kandungannya hilang secara misteri selepas bermimpi sesuatu.

NORLIANA TIDAK BERPURA-PURA MENGANDUNG

Oleh itu, hari ini di surat khabar keluar mengenai norliana yang sedih kerana ada sesetengah pihak yang tidak mempercayainya.

- Norliana Manaf yang mendakwa kandungannya hilang secara misteri pada Isnin lalu menafikan bahawa dia menghidap pseudosiesis iaitu kehamilan palsu kerana dia mendakwa benar-benar mengandung sebelum kandungan itu 'ghaib'.

Dia tidak mereka-reka cerita mengenai kehamilan itu sebaliknya merasai sendiri pengalaman mengandung termasuk pergerakan kandungan ketika berusia lapan bulan.

TERSERAH KEPADA ORANG RAMAI PERCAYA ATAU TIDAK

Bagaimanapun katanya, terserah kepada orang ramai sama ada mahu mempercayai atau sebaliknya kerana tiada sebarang makna jika dia berbohong berhubung perkara itu.

"Saya berbelanja lebih RM500 membeli kelengkapan pakaian bayi sebagai persediaan menyambut kelahiran bayi kembar perempuan, namun sedih apabila ada pihak menyatakan kehamilan saya palsu.

"Buat apa saya berpura-pura mengandung. Selama sembilan bulan saya mengusung perut yang berat tetapi lain pula pandangan orang. Apa pun itu hak mereka, namun tetap dengan pendirian, saya memang hamil," tegas Norliana dengan kesedihan.

Djdanchef: hmm.. Kesian kat norliana. Tetapi ada yang kata pernah ada pengalaman seperti norliana ni di bahagian KOMEN berita tajuk anak kembar hilang dalam kandungan ini.

Gambar: Norliana dan suami menunjukkan barang yang telah dibeli untuk bayi kembar mereka.


Baca Penuh NORLIANA NAFI MEREKA CERITA KEHILANGAN KANDUNGAN SECARA MISTERI

VIDEO MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 EPISOD 1|MINGGU PERTAMA

Download & tonton online video youtube maharaja lawak mega 2012 untuk episod 1 minggu pertama. Seperti djdanchef katakan pada post sebelum ini persembahan untuk episod ini agak kurang umphh sikit.
Mungkin ini baru saja permulaan tetapi para peserta telah pun membuat yang terbaik bagi persembahan masing-masing.
Seperti AC MIZAL katakan para peserta tidak akan disingkirkan sehingga ke minggu ke 3.
VIDEO YOUTUBE MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 MINGGU 1 (djdanchef)
Senarai Peserta - 0:02:50
Juri (Gangnam Style) - 0:06:55
1. Balas - 0:14:35
2. SayWho - 0:21:25
3. SHIRO - 0:30:15
4. R2 - 0:35:12
5. SABON - 0:45:30
6. Da Di Du - 0:51:42
7. Panas Giler - 0:00:01
7. Bandung Jokers - 0:57:54
8. Jozan - 1:06:50
9. Pi Mai - 1:16:26
10. Boboi - 1:27:00
11. Jambu - 1:34:43

LIHAT JUGA:
- MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 (Laman Utama)
- MAHARAJA LAWAK MEGA MINGGU 1 (Komen)
- FACEBOOK MAHARAJA LAWAK MEGA (Facebook Video)
Baca Penuh VIDEO MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 EPISOD 1|MINGGU PERTAMA

MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 - MINGGU 1 |PERTAMA

Komen mengenai maharaja lawak mega 2012 minggu pertama 1. Harini djdanchef sempat menonton rancangan maharaja lawak di astro warna juga boleh tonton di astro mustika HD dan tonton online melalui youtube astro gempak.

Untuk minggu pertama 1 ni persembahan ke semua peserta agak kurang umphh sikit mungkin disebabkan masih awal lagi di maharaja lawak dan ada yang masih menyimpan sengat yang belum dikeluarkan lagi.

JOZAN PERSEMBAHAN TERBAIK DI MAHARAJA LAWAK MEGA MINGGU PERTAMA

Rasanya ramai setuju untuk minggu 1 ni persembahan yang paling menyinar dan membuatkan ramai ketawa sekali adalah persembahan daripada kumpulan Jozan.

Selepas peserta membuat persembahan pihak astro telah menyenaraikan jumlah undian yang terbanyak pada minggu ini:

UNDIAN TERBANYAK
1. JOZAN
2. JAMBU
3. BOBOI

UNDIAN TERENDAH
1. PIMAI
2. DADIDU
3. PIMAI

PERSEMBAHAN PILIHAN DJDANCHEF
Antara persembahan pilihan djdanchef untuk minggu ini yamg agak lawak dalah:

1. JOZAN
2. BOBOI
3. SHIRO
4. BALAS
5. BANDUNG JOKER (ada kembar)

Agak kecewa Mr. Os tidak join maharaja lawak tahun ni digantikan dengan sathia, bersama Abon (Kumpulan Sabon).

Siapa peserta pilihan korang untuk maharaja lawak mega minggu ni?

LIHAT JUGA:
- MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 (LAMAN UTAMA)
- VIDEO MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 MINGGU PERTAMA (VIDEO)


Baca Penuh MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 - MINGGU 1 |PERTAMA

Friday 16 November 2012

ANAK KEMBAR HILANG DALAM KANDUNGAN

Djdanchef baru terbaca di akhbar harini mengenai seorang bakal ibu yang mengandung tetiba hilang anak dalam kandungannya.

Menurut dalam akhbar itu kejadian ini berlaku di Pokok Sena, kedah.

Impian suami yang bakal menimang cahaya mata sulung musnah apabila anak kembar perempuan dalam kandungan isterinya didakwa hilang secara misteri pada Isnin lalu.

Kejadian tidak diduga itu didakwa menimpa Norliana Manaf, 28, semasa dia bermimpi ketika dia tidur di rumah ibunya, Che Som Endut, 57, di Kampung Kelut, Jabi.

MIMPI 5 WANITA BERJUBAH

Kata nurliana, " Pada malam berkenaan, saya bermimpi lima wanita berjubah mendekati saya.sambil membacakan sesuatu sebelum mereka hilang selepas azan Subuh berkumandang.

“Apabila terjaga, saya mendapati perut yang selama ini besar dan berat, tiba-tiba berasa ringan dan kempis. Saya mula syak ada benda yang tidak kena berlaku lalu mengejutkan suami saya, Aziz Hussein untuk memberitahu apa yang berlaku.

“Apabila saya pergi ke Klinik Kesihatan Pokok Sena untuk tujuan pemeriksaan pada kira-kira pukul 9 pagi esoknya, bayi dalam kandungan saya disahkan sudah hilang. Saya hanya mampu menangis,”

REKOD PEMERIKSAAN BULANAN HILANG

Lebih mengejutkan, rekod pemeriksaan bulanan kandungannya di Klinik Kesihatan Bukit Jambul, Pulau Pinang turut dipercayai hilang pada malam yang sama.

"Bagaimanapun semasa kakitangan Klinik Kesihatan Pokok Sena menghubungi Klinik Kesihatan Bukit Jambul untuk mengesahkan dakwaan saya itu, mereka dimaklumkan bahawa rekod tersebut juga telah hilang,” kata norliana.

** TERBARU: NORLIANA NAFI REKA CERITA BAYI HILANG SECARA MISTERI KETIKA MENGANDUNG

Gambar: Che Som (kiri) menunjukkan pakaian bayi yang dibeli oleh norliana.


Baca Penuh ANAK KEMBAR HILANG DALAM KANDUNGAN

Thursday 15 November 2012

4 UNIVERSITI DUNIA SERTAI WUPID 2012 DI TAYLOR'S UNIVERSITY

4 universiti antarabangsa dunia sertai wupid 2012 (world universities peace invitational debate) yang akan diadakan di Taylor's University djdanchef.

4 universiti akan menyertai
pertandingan tahunan Debat Jemputan Keamanan Universiti-Unversiti Sedunia (WUPID) 2012 bulan depan.

Empat universiti berkenaan ialah Oxford University, England; University of New South Wales, Australia; Monash University, Australia, dan University of Cape Town, Afrika Selatan.

Pertandingan dari 1 hingga Disember akan menyaksikan peserta muda dari universiti utama antarabangsa mendebatkan topik berkaitan keamanan dunia.

Pertandingan pusingan kelayakan akan diadakan pada 1 dan 2 Disember manakala pusingan akhir akan berlangsung pada 4 Disember di Kampus Lakeside, Taylor’s University di Subang Jaya.

Orang ramai dijemput menyaksikan pertandingan debat tersebut.


Baca Penuh 4 UNIVERSITI DUNIA SERTAI WUPID 2012 DI TAYLOR'S UNIVERSITY

ULAT POZING DALAM PAKET NASI HIMPIT SEGERA

Seorang ibu terkejut melihat ulat yang sedang relaks pozing di dalam paket nasi impit segera. Djdanchef difahamkan kejadian ini berlaku di Seri Kembangan dan kejadian yang berlaku dah lama sebenarnya.

Ibu kepada empat anak itu yang hanya mahu dikenali sebagai Mia berkata, pada 25 Oktober lalu dia ke pasar raya di Seri Kembangan itu untuk membeli bahan masakan bagi sambutan Hari Raya Aidildha. Dia mencapai dua peket nasi himpit segera di rak yang masing-masing berharga RM6.29.

Mia berkata, sebaik membuka bungkusan besar yang mengandungi 35 peket kecil nasi himpit segera untuk direbus pada keesokan harinya, dia terkejut apabila melihat banyak kepompong.

Apabila diteliti, mia lihat hampir setiap bungkusan ada kepompong dan ulat, di plastik peket besar pula ada satu lubang kecil yang berkemungkinan menjadi ‘laluan’ ulat itu dapat tembus ke dalam peket kecil.

Kesal dengan perkara itu, pagi raya itu juga mia ke pasaraya bagi memaklumkan apa yang berlaku dan pekerja pasar raya mengosongkan rak di mana peket nasi himpit itu dipamerkan.

ULAT BERPOZING KEMBALI

Mia kembali ke pasar raya itu sekali lagi pada 27 Oktober terkejut apabila melihat ada beberapa peket nasi himpit jenama sama yang dibeli pada mulanya itu diletakkan kembali di rak. Dia membeli sepeket lagi jenama itu untuk melihat sama ada produk terbabit sudah ditukar kepada yang lain atau sebaliknya.

Mia terkejut apabila mendapati peket kecil itu juga mengandungi ulat sama seperti dua peket yang dibeli sebelum ini.

ADUAN ADALAH PILIHAN TERBAIK

Akhirnya mia telah membuat pilihan terbaik dengan mengadu mengenai perkara tersebut kepada Jabatan Kesihatan Daerah, namun tiada tindakan diambil.

Justeru menurutnya, dia meminta pihak berkenaan memantau perkara itu kerana bimbang kesihatan pengguna lain yang membeli barang sama selepas ini.



Baca Penuh ULAT POZING DALAM PAKET NASI HIMPIT SEGERA

AIM 19 2012 - YUNA DAN JACKLYN VICTOR DOMINASI ANUGERAH INDUSTRI MUZIK KE 19

Bahang aim 19 2012 makin terasa setelah blog djdanchef melihat senarai top 5 pencalonan aim 19 2012 dapati artis yang paling banyak tercalon dalam kategori di anugerah industri muzik ke 19 ialah Yuna Zarai dan Jacklyn Victor.

Para juri telah memastikan pilihan mereka adalah pilihan terbaik bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

YUNA ZARAI DAN JACKLYN VICTOR DOMINASI 6 KATEGORI - ANUGERAH INDUSTRI MUZIK ( AIM 19 2012 )

Jacklyn Victor
Jaclyn Victor tersenarai pencalonan aim ke 19 menerusi kategori:

A. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) - Counting Days dan Jagalah Diri.

B. Lagu Pop Terbaik menerusi lagu Sebelah Jiwaku dan Jagalah Diri

C. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik - Counting Days

D. Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu.

Yuna
Manakala, 6 pencalonan yang diungguli Yuna di anugerah industri muzik 19 adalah menerusi kategori:

A. Kulit Album Terbaik dalam album Terukir Di Bintang

B. Video Muzik Terbaik - Sparkle

C. Lagu Pop Terbaik - Terukir Di Bintang

D. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik - Memo dan Photo Of You.

Jangan lupa saksikan anugerah industri muzik ke 19 pada 17 november ini.

LIHAT JUGA:
- TOP 5 FINALIS PENCALONAN AIM 19 2012



Baca Penuh AIM 19 2012 - YUNA DAN JACKLYN VICTOR DOMINASI ANUGERAH INDUSTRI MUZIK KE 19

Wednesday 14 November 2012

TABASCO SAH HALAL BUKAN HARAM - JAKIM

Terkini berita djdanchef terbaca di kosmo: tabasco sah halal bukan lagi haram kerana memperolehi sijil halal dari jakim.

Produk makanan daripada jenama Tabasco sudah disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui kenyataan media yang dikeluarkan oleh pengeluar, Mcllhenny Company.

Pembuatan dan kandungan sos lada pilihan terbaik ramai itu mematuhi hukum Islam dan Piawaian Halal Malaysia.

JAKIM SAHKAN STATUS HALAL TABASCO

Jakim telah mengesahkan status halal khususnya sos lada jenis Pepper Sauce, Buffalo Style Hot Sauce, Chipotle Sauce, Garlic Pepper Sauce, Green Pepper Sauce, Habanero Pepper Sauce dan juga Sweet and Spicy Pepper Sauce.

Ramuan asli Tabasco seperti cuka, lada dan garam masih dikekalkan sejak 140 tahun dahulu. Ketiga- tiga ramuan tersebut adalah dijamin 100 peratus semula jadi dan tidak mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) haiwan.

Tabasco adalah pilihan terbaik untuk masakan barat dan penggemar tabasco kini boleh mendapatkannya di bahagian halal semua pusat jualan runcit makanan seluruh Malaysia.

LIHAT JUGA:

- Untuk Mengetahui berita terbaru layari berita panas giler .


Baca Penuh TABASCO SAH HALAL BUKAN HARAM - JAKIM

Tuesday 13 November 2012

1MOCC 1MALAYSIA ONE CALL CENTRE |PUSAT PANGGILAN 1MALAYSIA

Terkini 1mocc 1malaysia one call centre atau pusat panggilan 1 malaysia yang baru saja dilancarkan.

1Malaysia One Call Centre (1MOCC) atau Pusat Panggilan 1Malaysia adalah sebuah pusat penyelesaian setempat untuk rakyat mengemukakan pertanyaan, aduan atau cadangan mengenai perkhidmatan awam.

Pusat yang beroperasi 24 jam seminggu termasuk pada cuti umum itu diyakini dapat meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat.

ADA ADUAN DAIL SAJA TALIAN 03-8000 8000 - 1MOCC

1MOCC merupakan satu projek National Flagship di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang membolehkan orang awam mengemukakan pertanyaan, aduan atau cadangan kepada pelbagai agensi kerajaan menggunakan nombor rujukan tunggal 03-8000 8000.

INFO PUSAT PANGGILAN 1 MALAYSIA

Talian panas giler : 03 8000 8000
Faks: 03-8000 8001
Laman web: www.malaysia.gov.my
E-mel: 80008000@1mocc.gov.my
Facebook: facebook.com/myGovernment
Twitter: twitter.com/myGovPortal .


Baca Penuh 1MOCC 1MALAYSIA ONE CALL CENTRE |PUSAT PANGGILAN 1MALAYSIA

Monday 12 November 2012

CARA NAIK PAGERANK DAN GOOGLE PR SUDAH UPDATE - VERSI EXPERIMENT

Baru tadi djchef perasan google pagerank pr sudah update untuk november 2012.

Djchef baru nak ber blogwalking ke blog-blog sekarang ni, hampir sebulan djchef tidak aktif sebab nak tumpu kepada peperiksaan di IPT.

TERPERASAN WIDGET PR

Baru beberapa blog saja djchef jenguk dan terpandang widget pr yang diletakkan di blog mereka. Djchef rasa macam ada perubahan kat widget tu sebab djchef masih ingat pagerank setiap blog yang djchef jenguk tu.

Ada blog yang pagerank naik, ada juga yang turun dan ada yang masih berada di pagerank yang sama.

KUNCI UTAMA KEKALKAN  PAGERANK - SENTIASA UPDATE BLOG ?

Ok yang ni apa yang djchef perasan kat blog-blog yang djchef rajin komen dan jenguk (silent reader).

NOTE: Djchef check blog-blog yang masih dalam kategori blog baru bukan blog otai eyriqazz, denaihati, ciktom tu semua. Djchef check blog baru maybe boleh nampak perbezaan yang ketara. Kalau blog otai mereka jarang update pun pr still maintain kan? :-)

Djchef mula check pagerank blog yang dikategorikan baru yang jenis RAJIN update, dan resultnya ramai blog mereka yang masih di pr yang sama dan ada yang naik 1 tangga dari pagerank sebelum ini. Tahniah!

Kemudian djchef mula check blog-blog yang jarang update tetapi giveaway mereka masih berlangsung sepanjang mereka dalam tempoh jarang update entry tersebut, giveaways tu memerlukan blogger2 lain memberi backlink kepada owner blog-blog tu. Jadi djchef rasa mesti pr mereka naik sebab dapat backlink tiap-tiap hari, hari2 nampak giveaway mereka kat blog sini blog sana ping sini ping sana, djchef cuba check pagerank owner blog-blog tu dan keputusannya ramai pagerank mereka jatuh walaupun masih mendapat BACKLINK setiap hari sepanjang giveaways tu. Pelik la pula?

PERSOALANNYA

Adakah tabiat SENTIASA UPDATE BLOG ENTRY adalah kunci utama MENAIKKAN pr dan MENGEKALKAN pr?

Adakah walaupun owner blog tu mendapat backlink dari blogger2 lain TIAP-TIAP hari dari hasil giveway yang dibuat sendiri owner blog tersebut, kalau jarang update entri pun boleh membuatkan pagerank blog dia JATUH? Walaupun dapat backlink tiap-tiap hari? ataupun djchef saja tersalah andaian? Hmm

Tak mengapa, djchef akan tetap meneruskan lagi experiment.

Blog djchef ni sebenarnya adalah blog untuk djchef ujikaji mengenai seo dengan hanya menggunakan blogspot dan setakat ini apa yang djchef nampak blogspot juga boleh menewaskan blog-blog platform lain dan blogspot yang mempunyai PR 0 MAMPU mendapat kedudukan entri yang tertinggi di search engine berbanding blog yang mempunyai PR4!

TETAPI... bergantung juga kepada tahap "AUTHORITY" blog persaing kita tu juga.

Ini adalah pengalaman djchef sepanjang experiment yang djchef start kaji dari JULAI 2012 yang pada masa itu memang pagerank 0.

Antara experiment yang djchef lakukan:

- Apa terjadi kepada kedudukan search engine entri yang dapat rank tinggi kalau jarang update blog. Adakah kedudukannya akan jatuh?

- Apa terjadi kepada kedudukan 1 entri tu kalau kerap ping sana sini dapat backlink sana sini. Adakah kedudukkannya akan naik atau turun?

- Apa terjadi kepada kedudukan entri blog panas giler yang CIKAI ni kalau rajin blog walking tetapi jarang update blog?

- Apa yang akan terjadi kedudukan entri kalau rajin update blog tapi TAK blogwalking.

- Apa terjadi kepada kedudukan kalau entri tu di copy paste bulat2

- Apa terjadi kepada kedudukan kalau entri tu copy paste tapi di edit sedikit

- Apa terjadi kepada kedudukan kalau entri tu di tulis dengan idea sendiri tanpa copy paste

- Apa perubahan yang berlaku kalau ping cuma 1 web saja? 4 web saja? 10 web saja?

- Apa perubahan yang berlaku kalau dapat backlink cuma 1 saja? 6 saja? dan 10 saja?

- Dan lain-lain experiment yang dianggap sebagai elemen2 kecil-kecil dan tak perlu dikaji. Tapi djchef cuba kaji juga.

Djchef akan catit semua perubahan kedudukan tu dan apa aktiviti yang djchef telah lakukan pada hari itu.

Djchef try pelan-pelan explore :-)

p/s: misi 1juta pageview sudah tercapai tapi alexa masih tak menurun pula dah walaupun visitor meningkat kena buat experiment lagi.


Baca Penuh CARA NAIK PAGERANK DAN GOOGLE PR SUDAH UPDATE - VERSI EXPERIMENT

Sunday 11 November 2012

IZYAN DEAN TIDAK TERSINGKIR DI MASTERCHEF MALAYSIA 2

Sebentar tadi djchef sempat tonton masterchef malaysia 2.

Malam ini salah seorang peserta terpaksa disingkir daripada masterchef malaysia 2. Peserta diberi bahagian-bahagian ayam belanda dan mereka harus memasak dan menyajikan hidangan yang lazat dan menarik menggunakan bahagian ayam belanda (turkey) tersebut.

Antara peserta yang berada di ujian penyingkiran ialah fizuan, ammar, eida, nina, izyan dan dean.

SIAPA YANG TERSINGKIR / TERKELUAR ?

Setelah para chef juri merasakan kesemua hidangan fizuan, ammar, eidah, nina, izyan dan dean akhirnya semua terselamat dan tiada peserta diumumkan tersingkir kali ini di masterchef malaysia 2.

Untuk mengetahui info TERBARU mengenai masterchef malaysia boleh like facebook PANAS GILER.

Lihat Juga:
- ROSEMAH TERSINGKIR DI MASTERCHEF MALAYSIA 2
- ADLY TERSINGKIR DI MASTERCHEF MALAYSIA 2


Baca Penuh IZYAN DEAN TIDAK TERSINGKIR DI MASTERCHEF MALAYSIA 2

DUA BERADIK BUKAN ISLAM BERKHATAN DI MASJID NEGARA

Berita Semasa djchef: dua beradik bukan islam berkhatan di Masjid Negara.

Dua beradik bukan Islam adalah antara 200 kanak-kanak yang anak yang dirai dalam satu majlis berkhatan beramai-ramai anjuran Masjid Negara hari ini.

Chai Kian Fei, 10, dan Chai Kian Haw, 7, murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan China Yuk Chai berbaris bersama kanak-kanak lain sebelum mereka dimandikan dengan pancutan air oleh pasukan bomba dan penyelamat di pekarangan masjid.

BERKHATAN GUNA TEKNIK ALISKLAMP

Mereka yang memakai kain pelikat dan baju T kemudian menunggu giliran untuk dikhatan menggunakan teknik 'Alisklamp' oleh 10 pegawai perubatan klinik swasta.

IBU SEDARI KEPETINGAN BERKHATAN

Ibu dua beradik itu, Kok Mi Fung,
berkata beliau terpanggil untuk menghantar anaknya menyertai program ini kerana menyedari kepentingan berkhatan.

"Saya tertarik dengan program ini setelah terbaca iklan dalam sebuah akhbar dan berasa yakin.dengan kaedah berkhatan yang dijalankan", katanya kepada pemberita ketika menemani anaknya yang menunggu giliran.

Penolong Pergarah Kanan Unit Pendidikan Masjid Negara Mohammad Zaki Ibrahim berkata program tahunan anjuran Masjid Negara, yang bermula sejak tahun 1993, menyasarkan pelajar sekolah sekitar Lembah Klang.

"Mereka berusia antara lima hingga 12 tahun dan dikhatankan oleh 10 pegawai perubatan swasta yang sememangnya pakar dalam bidang berkenaan," katanya.

HARGA KOS BERKHATAN MURAH

Beliau berkata kos berkhatan hanya RM150 seorang berbanding di klinik atau hospital yang boleh mencecah antara RM250 hingga RM280 seorang. - Bernama


Baca Penuh DUA BERADIK BUKAN ISLAM BERKHATAN DI MASJID NEGARA

LEKAKI OKU MAUT DALAM KEBAKARAN DI BANGSAR

Menerusi berita, lelaki oku maut dalam kebakaran panas rumah kedai di Bangsar.

Seorang lelaki yang kudung kedua-dua belah kaki maut selepas terperangkap dalam kebakaran membabitkan rumah kedai dua tingkat di Jalan Bangsar, di sini awal hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, mangsa yang berusia 30-an dan berasal dari Pantai Timur itu dipercayai pekerja bengkel motosikal yang hangus dalam kejadian tersebut.

"Berdasarkan maklumat rakan sekerja, mangsa dikenali sebagai Mohd Yaakob dan dia kudung kedua-dua belah kaki,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bahagian bawah rumah kedai itu merupakan bengkel motosikal, manakala bahagian atas pula menempatkan 12 bilik sewa untuk golongan pekerja.

"Ketika kejadian 2.35 pagi itu penghuni bangunan sedang nyenyak tidur tetapi mereka sempat lari menyelamatkan diri,” katanya sambil memberitahu ada seorang mangsa yang terjun dari tingkat atas.

Menurutnya, bilangan sebenar penghuni belum dapat dipastikan.


Baca Penuh LEKAKI OKU MAUT DALAM KEBAKARAN DI BANGSAR

ANGKASA NAFI BUMI AKAN GELAP 23 DISEMBER 2012

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) menafikan laporan blog dan artikel yang mendakwa bumi akan bergelap selama tiga hari mulai 23 Disember berikutan kedudukan bumi, matahari dan pusat Galaksi (Bima Sakti) akan berada pada kedudukan selari.

Di samping itu, laporan itu mendakwa, kedudukan awan-awan debu gelap atau Dark Dust Clouds berhampiran dengan Galaksi boleh menghalang penduduk dunia daripada melihat sebahagian daripada Galaksi, menurut kenyataan akhbar agensi itu.

Berikutan senario tersebut, ada yang berpendapat bila bumi, matahari dan pusat galaksi selari (sejajaran) maka akan berlaku penumpuan daya gravity daripada bumi, matahari dan pusat galaksi sehingga boleh mengakibatkan kemusnahan alam semesta.

Selain itu mereka turut mendakwa bila bumi, matahari dan pusat galaksi selari, di mana terdapat awan-awan debu gelap berhampiran pusat galaksi maka bumi akan bergelap.

SEMUA ANDAIAN ITU TIDAK BENAR - ANGKASA

Angkasa berkata semua andaian itu adalah tidak benar kerana pusat galaksi terlalu jauh dari bumi dan matahari iaitu 165 quadrillion batu, jadi kesan tarikan gravity adalah terlalu kecil.

"Awan-awan debu gelap menghalang penglihatan kita ke arah pusat Galaksi bukannya menghalang matahari daripada dilihat dari bumi,” menurut agensi itu.

p/s: entri auto schedule


Baca Penuh ANGKASA NAFI BUMI AKAN GELAP 23 DISEMBER 2012

Saturday 10 November 2012

DELL ULTRABOOK LATITUDE 6340U

Info teknologi dell ultrabook latitude 6340u | Ultrabook dengan kemampuan prosesor yang kelajuan pantas serta waktu booting yang singkat sudah biasa, begitu juga dengan ultrabook yang memiliki ukuran tipis dan ringan.

Sebuah ultrabook dengan sambungan kelajuan WiFi pantas, cukup jarang ada di pasaran. Perkara inilah yang ingin dimanfaatkan oleh Dell dengan produk ultrabook terbarunya Latitude 6430u.

Produk ini dikhususkan untuk golongan pengusaha yang dilengkapi dengan fungsi WiGig. WiGig inilah yang bakal memberikan sambungan WiFi dengan kecepatan hingga 7 gigabite per saat.

Jika dibandingkan dengan WiFi 802.11n yang kerap dijumpai pada gajet lain, kecepatan WiGig ini 10 kali lebih tinggi. Sayangnya, WiGig hanya mampu bekerja dalam jarak yang lebih dekat.

DELL ULTRABOOK LATITUDE 6340U

Ultrabook ini hadir dengan pemprosesan Intel Ivy Bridge serta rekaan luaran yang tahan jatuh dan air. Di bahagian skrin, ultrabook ini hadir dengan skrin berukuran 14 inci.

Dell Latitude 6430u ini memiliki ukuran tipis hanya 20.32 milimeter dan berat 1.67 kilogram.

− Paparan: Pemproses Intel Ivy Bridge
- Tahan jatuh dan kalis air
− Saiz: Senipis 20.32 milimeter
- Berat 1.67 kilogram
- Sambungan wifi dengan teknologi WiGig yang panas giler.

p/s: entri auto schedule.


Baca Penuh DELL ULTRABOOK LATITUDE 6340U