djchef BINA DEWAN MALAYSIA |MALAYSIA HALL DI PERTH AUSTRALIA | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Sunday 18 November 2012

BINA DEWAN MALAYSIA |MALAYSIA HALL DI PERTH AUSTRALIA

Kerajaan memperuntukkan RM30 juta bagi membina sebuah Dewan Malaysia di Australia Barat bagi menampung keperluan pelajar negara yang semakin meningkat di sana.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata dewan tersebut akan dibina di Perth selepas menerima cadangan daripada masyarakat dan 3,000 pelajar Malaysia yang berada di sana.

BANTU PELAJAR YANG MENYAMBUNG PELAJARAN DI PERTH AUSTRALIA

Pelajar yang menyambung pelajaran di Australia Barat akan menginap di Dewan Malaysia Perth sebelum memasuki universiti masing-masing kerana kos sewa bagi penginapan sementara di sana adalah sangat tinggi.

FASILITI DEWAN MALAYSIA

Dewan Malaysia Perth akan mempunyai 80 bilik penginapan. Kemudahan yang biasa ada di sesebuah Dewan Malaysia termasuk dewan, kantin atau perpustakaan.

Dewan Malaysia ini akan membantu pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran di Australia dan jumlah pelajar makin bertambah setiap tahun.

Djdanchef : Gambar salah satu cawangan Dewan Malaysia di Sydney.


JOM SHARE ARTIKEL INI:

7 comments:

  1. beruntung budak2 nie kan
    huhuhu berangan nak ke australia .. entah bilelahhh merasa kan huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pa kak nnt ada lah rezeki tu, tak pun bermimpi dalam tidur pun kira jadilah kak.. Hehe :-)

      By: djdanchef

      Delete
  2. Untunglah diorang ni

    ReplyDelete
  3. elok la..at least student malaysia ada tempat di sana

    ReplyDelete
  4. semoga dewan ni dapat di manfaatkan oleh pelajar kita di sana.. good info!

    ReplyDelete

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.