djchef DUA BERADIK BUKAN ISLAM BERKHATAN DI MASJID NEGARA | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Sunday 11 November 2012

DUA BERADIK BUKAN ISLAM BERKHATAN DI MASJID NEGARA

Berita Semasa djchef: dua beradik bukan islam berkhatan di Masjid Negara.

Dua beradik bukan Islam adalah antara 200 kanak-kanak yang anak yang dirai dalam satu majlis berkhatan beramai-ramai anjuran Masjid Negara hari ini.

Chai Kian Fei, 10, dan Chai Kian Haw, 7, murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan China Yuk Chai berbaris bersama kanak-kanak lain sebelum mereka dimandikan dengan pancutan air oleh pasukan bomba dan penyelamat di pekarangan masjid.

BERKHATAN GUNA TEKNIK ALISKLAMP

Mereka yang memakai kain pelikat dan baju T kemudian menunggu giliran untuk dikhatan menggunakan teknik 'Alisklamp' oleh 10 pegawai perubatan klinik swasta.

IBU SEDARI KEPETINGAN BERKHATAN

Ibu dua beradik itu, Kok Mi Fung,
berkata beliau terpanggil untuk menghantar anaknya menyertai program ini kerana menyedari kepentingan berkhatan.

"Saya tertarik dengan program ini setelah terbaca iklan dalam sebuah akhbar dan berasa yakin.dengan kaedah berkhatan yang dijalankan", katanya kepada pemberita ketika menemani anaknya yang menunggu giliran.

Penolong Pergarah Kanan Unit Pendidikan Masjid Negara Mohammad Zaki Ibrahim berkata program tahunan anjuran Masjid Negara, yang bermula sejak tahun 1993, menyasarkan pelajar sekolah sekitar Lembah Klang.

"Mereka berusia antara lima hingga 12 tahun dan dikhatankan oleh 10 pegawai perubatan swasta yang sememangnya pakar dalam bidang berkenaan," katanya.

HARGA KOS BERKHATAN MURAH

Beliau berkata kos berkhatan hanya RM150 seorang berbanding di klinik atau hospital yang boleh mencecah antara RM250 hingga RM280 seorang. - Bernama


JOM SHARE ARTIKEL INI:

No comments:

Post a Comment

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.