djchef Sinopsis Drama Jangan Ganggu Aku Cerekarama TV3 | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Saturday 23 February 2013

Sinopsis Drama Jangan Ganggu Aku Cerekarama TV3

Drama terkini | sinopsis jangan ganggu aku cerekarama tv3 | tonton lagu ost tema | barisan pelakon |

Malam ini akan bersiarannya drama yang djdanchef rasa akan memukau para penonton untuk tidak berganjak dari kaca televisyen. Slot Cerekarama TV3 selalu siarkan drama-drama yang menarik minat penonton pada malam hari sabtu.

Sinopsis Jangan Ganggu Aku Cerekarama TV3


drama jangan ganggu aku tv3, jangan ganggu aku cerekarama tv3, lagu ost tema jangan ganggu aku


Kisah bermula mengenai Razif (Rusdi Ramli) yang berkorban segalanya untuk membesarkan adiknya sehingga dia membatalkan impiannya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pada masa yang sama berusaha bekerja dalam usia yang masih muda semata-mata mahu memastikan mereka bertiga dapat hidup sempurna.

Kesusahan hidup membuatkan dia bersikap amat tegas dan terlalu mengawal adiknya Romi (Munif Isa) yang bekerja selepas menamatkan pelajaran di universiti dan Rosma (Miera Liyana) yang masih belajar di kolej.

Romi dan Rosma selalu meluahkan perasaan tidak puas hati mereka terhadap sikap Razif yang terlalu tegas dan mengongkong walaupun mereka sudah boleh berdikari. Romi pernah menyuarakan hasrat untuk tinggal di luar, tetapi dihalang oleh Razif atas alasan pesanan terakhir ayah mereka yang mahukan mereka tinggal sebumbung walaupun selepas berkahwin.

Romi tidak tahan diperlakukan seperti budak kecil dan semuanya dikawal oleh Razif yang berlagak seperti seorang ayah. Setiap kali Romi dan Rosma menyatakan hasrat mereka untuk berdikari setiap kali itulah Razif bertegas dan melarang.


Razif juga seorang pelukis, sebenarnya dalam diam, Razif baru sedar setiap lukisan yang dilukisnya ketika dia sedang marah atau tertekan selepas bergaduh dengan adiknya membuahkan hasil yang lebih menakjubkan. Malah, lukisan itu dapat dijual dengan harga tinggi. Jika sebelum ini, lukisan Razif banyak diinspirasikan oleh kehidupannya membesarkan Romi dan Rosma, tetapi kini, pertengkaran mereka pula melontarkan makin banyak ilham.

Kerana itulah ada kalanya Razif sengaja menyemarakkan api kemarahan Rosma dan Romi supaya mereka bertengkar dan bergaduh. Razif tak mahu sumber ilhamnya iaitu Romi dan Rosma keluar dari rumahnya. Walau bagaomanapun, Razif sebenarnya terlalu sayangkan Romi dan Rosma yang bagaikan anaknya, tetapi dia tidak pandai untuk menunjukkan kasih sayangnya kepada mereka.

Apa yang akan terjadi seterusnya? Kenalah tonton drama ini nanti


Barisan Pelakon Drama Jangan Ganggu Aku

Antara pelakon - pelakon yang terbabit dalam cerekarama ini iailah Rusdi Ramli, Yasmin Hani, Meira Liyana dan Munif Isa.

Djdanchef syor saksikan drama jangan ganggu aku untuk slot cerekerama tv3 pada 23 Februari 2013  pada pukul 10 malam di tv3.

Baca Seterusnya:
- Sinopsis Drama Mariam Kampung Putat
- Sinopsis Di Bawah Langitmu Cerekarama TV3
JOM SHARE ARTIKEL INI:

5 comments:

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.