djchef Novel Terbaru Jun Julai Karya Seni 2013 | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Thursday 4 July 2013

Novel Terbaru Jun Julai Karya Seni 2013

Novel terbaru keluaran karya seni bulan Jun Julai 2013 Jual buku murah online harga beli sinopsis

Salam buat semua pembaca hari ini djdanchef dan kongsikan beberapa buah buku pilihan keluaran dari syarikat novel terkenal iaitu Karya Seni.

NOVEL LOVE YOU MR. ARROGANT - ALIESHA KIRANA


SINOPSIS
Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.

"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." – Zafriel Irham



NOVEL MR. PAI EPAL - MADIHAH


SINOPSIS
Sejak kami berdua berkenalan, pelangi sentiasa sahaja menemani hari-hari aku. Bukan setakat pelangi, bunga sakura pun terkejut dan tumbuh di Malaysia. Transformers pun tiba-tiba terpacul jadi pak guard. Mereka siap mengiringi musim cinta kami. Ye o o aje dia tu mengurat aku. Heh.

“Cik Yaya sayang? Ooo... Cik Yaya sayang. Rindu saya tak?” – IZZ AMIR

“Gila!” – YAYA

“Ya, kan saya mengaku saya gila. Gilakan awak.” – IZZ AMIR



RAHSIA HATI - AISHAH LILY


“Dalam usia muda, dia memegang jawatan Pengarah Urusan Global Bersatu. Dia juga merupakan nadi penggerak Global Bersatu sehingga Global Bersatu tersenarai sebagai antara sepuluh syarikat gergasi yang berjaya dan setaraf dengan syarikat gergasi lain di dunia. Dania juga pernah jadi cover majalah Dewan Perniagaan. Kau tahu tak majalah tu hanya akan menyiarkan berita tentang usahawan yang berjaya di Malaysia?”

Tengku Dania Dahlia – Sebut sahaja namanya, semua akan terpegun. Kekayaannya menjadi sebutan. Keayuannya digilai sang jejaka. Namun dia menyimpan sebuah rahsia. Rahsia yang membuka kepada sebuah pintu kedukaan...




YANG MANIS - MELLISA


IMANIAH SOFEA tak kisah orang nak kata apa tapi kalau Iman dah suka, Iman tak peduli apa orang kata. Janji Iman suka. Kalau nak kata Iman perigi cari timba pun tak ada masalah. Iman gembira juga.

“Aku nak pikat Raees Hamzah.”

“Apa?”

“Aku nak pikat Raees Hamzah.”

“Kau sedar tak apa yang kau cakap ni, Iman? Kerja memikat tu bukan kerja orang perempuan tau tak. Tu kerja orang lelaki. Serupa perigi cari timba. Tapi kau ni bukan perigi lagi. Tapi perigi buta. Sudahla buta, tak ada air pula.”

Nak order novel-novel diatas secara online? Boleh hubungi As Raffali Shop melalui:
Untuk Order:
SMS atau WhatsApp: 012-4973905
WeChat ID: asraffali
Facebook: http://www.facebook.com/belinovel
JOM SHARE ARTIKEL INI:

No comments:

Post a Comment

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.