djchef Dato Siti Nurhaliza Tenaga Pengajar Akademi Fantasia 10 2013 | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Thursday 22 August 2013

Dato Siti Nurhaliza Tenaga Pengajar Akademi Fantasia 10 2013

Kuala Lumpur – Buat pertama kali dalam sejarah penerbitan program Akademi Fantasia, AF 2013 (#AF2013) bakal membawa masuk tiga orang penghibur popular yang cukup disegani iaitu Dato’ Siti Nurhaliza (#SitiNurhaliza), Melly Goeslaw (#MellyGoeslow) dan Faizal Tahir (#FaizalTahir) untuk menerajui barisan tenaga pengajar sebagai Inspirer (#Inspirer).

Akademi Fantasia 2013 AF 10
Akademi Fantasia 2013 AF 10

Kehadiran ketiga-tiga ikon yang tidak asing lagi dalam industri seni hiburan ini bukan sahaja untuk memberi bimbingan dan berkongsi pengalaman malah untuk memberi inspirasi kepada bintang-bintang AF dalam mempersiapkan mereka sebagai bintang masa depan.

Cukup sinonim dengan pembabitan beliau dalam keluarga AF untuk musim-musim sudah, Shafizawati Sharif atau Cikgu Shafi (#CikguShafi) turut dibawa masuk menyertai barisan tenaga pengajar untuk menggalas tanggungjawab sebagai Guru Vokal untuk AF 2013.

Di samping itu, AF 2013 juga menyaksikan tiga orang tenaga pengajar baru yang dibawa masuk ke dalam keluarga AF untuk sama-sama menjayakan musim terbaru ini. Dua orang pereka tari yang cukup berpengalaman dalam bidang tarian iaitu Alam Wakaka (#AlamWakaka) dan Suhaili (#Suhaili) telah dilantik sebagai Koreografer. Manakala pelakon popular tanahair iaitu Fizz Fairuz (#FizzFairuz) pula akan menyertai AF 2013 sebagai Guru Seni Persembahan.

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, berdasarkan pengalaman luas pihak Astro menerbitkan program-program berkonsepkan realiti sebegini terutamanya AF, tidak dapat disangkal lagi bahawa soal pemilihan barisan tenaga pengajar ialah satu proses penting yang tidak boleh dipandang remeh kerana impaknya yang mendalam.

“Mereka umpama nadi dan tulang belakang utama yang bertanggungjawab untuk mendidik serta memberi khidmat bimbingan dan tunjuk ajar kepada para pelajar supaya mereka benar-benar bersedia untuk menjadi pelapis hiburan tanah air sekaligus memberikan saingan kepada penghibur sedia ada.

“Pada musim ini, AF 2013 amat berbesar hati apabila dapat mengumpulkan bekas tenaga pengajar yang pernah mewarnai Akademi Fantasia di samping wajah-wajah baru yang akan berganding tenaga dalam memberikan impak yang paling maksima buat para pelajar untuk musim ini.

“Melihat kepada pengalaman dan pencapaian dalam bidang masing-masing, kami percaya ilmu tersebut dapat memberi manfaat dan dikongsi bersama bukan sahaja bersama para pelajar tetapi juga penonton-penonton di rumah. Persetujuan dan komitmen mereka untuk terlibat dengan keluarga AF 2013 amat dihargai dan saya pasti musim ini akan lebih meriah dengan kehadiran mereka,” ujar Khairul ringkas.

Selain Konsert Prelude AF (#KonsertPreludeAF), Diari AF (#DiariAF) dan Konsert Mingguan AF (#KonsertAF), tiga buah rangkaian program baru turut diperkenalkan bagi menghiasi sepanjang musim AF 2013 kelak iaitu Galaxy AF, AF Buzz (#AFBuzz) dan TGIAF – Terus Gempak….Inilah AF 2013 (#TGIAF).

Rangkaian program-program AF 2013 akan mula bersiaran melalui program Galaxy AF yang akan ke udara selama empat episod bermula 2 hingga 5 September 2013 jam 9.00 malam. Pada masa yang sama, AF 2013 juga turut melancarkan perkhidmatan interaktif yang mana aplikasi ini boleh dimuat turun melalui akaun Apps Store dan Play Store.
Ini diikuti dengan tayangan Konsert Prelude Top 24 pada 6 September 2013 dan Konsert Prelude Top 12 pada 7 September 2013 jam 9.00 malam yang turut bersiaran secara langsung di portal rasmi AF 2013 iaitu www.af.com.my dan www.youtube.com/astrogempak

Program AF Buzz pula boleh ditonton pada setiap hari Isnin bermula 9 September 2013 jam 9.00 malam. Dalam program ini, tiga orang panel akan membincangkan secara lebih terperinci tentang AF 2013 yang turut mengabungkan kesemua pandangan dan cerita di sebalik cerita tentang para peserta. Selain itu, para penonton juga boleh menyaksikan apa yang terjadi di belakang tabir sewaktu konsert mingguan.

Rutin seharian para pelajar menjalani kehidupan di Akademi pula dapat dilihat melalui liputan harian Diari AF pada setiap hari Selasa hingga Khamis, jam 9.00 malam bermula pada 10 September 2013. Sedikit berbeza dengan format musim-musim sudah, pengisian Diari AF musim ini adalah lebih fokus dan terperinci iaitu Diari AF (Pemberian Tugas) pada setiap hari Selasa, Diari AF (Cabaran) pada setiap hari Rabu dan Diari AF (Ikon) pada setiap hari Khamis.

Manakala pada setiap hari Jumaat pula para penonton boleh menyaksikan program TGIAF (Terus Gempak….Inilah AF 2013) yang akan bersiaran bermula 13 September 2013 jam 9.00 malam. TGIAF ialah sebuah program pra konsert yang akan mengetengahkan apa yang dijangka oleh barisan panel dan penonton terhadap kesemua peserta.
Konsert AF pula akan bersiaran langsung pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam mulai 14 September 2013.

AF 2013 juga masih lagi mengekalkan format pemarkahan 100% undian penonton melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau AFUNDI yang mana pelajar dengan undian terendah setelah talian ditutup di akhir konsert mingguan pada setiap minggu akan tersingkir. Cara-cara untuk mengundi akan diumumkan dari semasa ke semasa di saluran Astro Ria.

Istimewa lagi, buat pertama kali dalam sejarah penerbitan AF, para peminat kini boleh berinteraksi secara online menerusi perkhidmatan twitter, instagram dan facebook bersama bintang-bintang AF 2013.

JOM SHARE ARTIKEL INI:

1 comment:

  1. ai..bukan hari tu yg last ke?yang hazama tu?hehehe..tak tau sangat pasal rancanagan astro ni...

    ReplyDelete

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.