djchef Beli Novel: Projek Memikat Suami - Hanna Abdullah | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Thursday 26 December 2013

Beli Novel: Projek Memikat Suami - Hanna Abdullah

Beli baca online melayu novel projek memikat suami Hanna Abdullah harga drama kat mana nak jual novel terbaru 2013 karya seni kakinovel penulisan2u review sinopsis


 novel projek memikat suami

Sinopsis Novel Projek Memikat Suami
NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.

“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin

Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya,yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.

“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak! Haih kena buat projek memikat suami” – Nawwal Husna

“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla

Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?

“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin


Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!

HARGA NOVEL:
RM25 (Semenanjung)
RM30 (Sabah Sarawak)
Harga telah termasuk postage


JOM SHARE ARTIKEL INI:

No comments:

Post a Comment

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.